Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Wednesday, December 5, 2007

Ikhlas & Niat dalam segala perilaku kehidupan

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ (Bayyinah:5)
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus."

قُلْ إِن تُخْفُواْ مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللّهُ وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (Ali Imran:29)
"Katakanlah: ""Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui."" Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Rasulullah saw bersabda : `Setiap amal disertai dengan niat. Setiap amal seseorang tergantung dengan apa yang diniatkannya. Kerana itu, siapa saja yang hijrahnya (dari Makkah ke Madinah) kerana Allah dan Rasul-Nya (melakukan hijrah demi mengagungkan dan melaksanakan perintah Allah dan utusan-Nya), maka hijrahnya tertuju kepada Allah dan Rasul-Nya (diterima dan diredhai Allah). Tetapi siapa saja yang melakukan hijrah demi kepentingan dunia yang akan diperolehnya, atau kerana perempuan yang akan dinikahinya, maka hijrahnya sebatas kepada sesuatu yang menjadi tujuannya’ (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin Shakhr r.a., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : `Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada rupa kalian, tetapi Dia memandang kepada hati kalian’ (HR Muslim)

Dari Abil Abbas Abdullah bin Abbas bin Abdul Muthalib r.a., ia berkata : Rasulullah saw menjelaskan apa yang diterima dari Tuhannya, iaitu : `Sesungguhnya Allah swt sudah mencatat semua perbuatan baik dan buruk, kemudian Allah menerangkannya kepada para malaikat, mana perbuatan yang baik dan mana pula perbuatan jelek yang harus dicatat. Oleh kerana itu, siapa saja bermaksud melakukan perbuatan baik, lalu tidak mengerjakannya, maka Allah mencatat maksud baik itu sebagai satu amal baik yang sempurna. Jika orang itu bermaksud melakukan kebaikan, lalu mengerjakannya, maka Allah mencatatkan di sisiNya sebagai sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali lipat, dan dilipat gandakannya lagi. Siapa saja yang bermaksud melakukan keburukan, lalu tidak jadi mengerjakannya, maka Allah mencatatnya sebagai satu amal baik yang sempurna. Apabila ia bermaksud melakukan keburukan kemudian mengerjakannya, maka Allah mencatatnya sebagai satu kejelekan’ (HR Bukhari dan Muslim)


suriaterang

Setiap amal bermula dengan niat
Niat menentukan samada amalan diterima di sisi Allah swt atau tidak
Dalam setiap amalan, betulkan niat dan ikhlaskan hati kerana Allah swt

TAUBAT KA’AB, MURARAH & HILAL

maaf lupa pulak nak letak tajuk bagi artikel di bawah ni...
anak yang disayangi, tiba-tiba berlari menunjukkan tangannya yang luka, darah menitis-nitis...
bersihkan luka anak dulu sebelum sambung tulis tajuk yang tertinggal...

suriaterang
At-Taubah : 110-118

Firman Allah tersebut menurut Ka’ab, bukan bererti kami bertiga ketinggalan dari Perang Tabuk, tetapi mempunyai erti bahawa persoalan kami bertiga diundur dari orang munafik yang bersumpah kepada Rasulullah saw dan menyampaikan bermacam-macam alasan yang kemudian diterima oleh Rasulullah saw (HR Bukhari dan Muslim)

Kaum muslimin yang ikut perang Tabuk sekitar 30,000 orang.

Waktu berangkat berperang ketika buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan kelihatan bagus. Hati Ka’ab lebih condong kepadanya, dan tidak bersungguh-sungguh bersiap-siap untuk berangkat perang hingga kaum muslimin bertambah jauh dan pertempuran semakin dekat.
Apabila Ka’ab keluar dan bergaul dengan masyarakat sesudah berangkatnya Rasulullah saw hatinya resah dan beliau menganggap dirinya tidak lebih dari seorang munafik, atau lelaki yang diberi keringanan oleh Allah kerana lemah (di Madinah hanya tinggal orang yang amat lemah, i.e. tidak dapat berjalan, buta, sakit etc)

Ketika Rasulullah saw pulang, hadir lebih 80 orang yang tidak berangkat ke Tabuk menemui Rasulullah saw dan mengemukakan pelbagai alasan disertai dengan sumpah. Rasulullah saw menerima mereka, memperkenan memperbaharui baiah dan memohonkan ampun bagi mereka, sedangkan batin mereka, Baginda serahkan kepada Allah swt.

Tibalah giliran Ka’ab, maka Ka’ab berkata : `Ya Rasulullah! Demi Allah, andaikata saya duduk di hadapan orang selainmu, saya yakin dapat bebas dari kemarahannya dengan mengemukakan alasan yang boleh diterima. Sungguh, saya telah dikurniakan kepandaian berbicara. Namun, demi Allah aku benar-benar yakin, seumpama hari ini saya berkata bohong dan engkau menerimanya, pasti sebentar lagi Allah swt menggerakkan hatimu untuk marah kepada saya. Sebaliknya, jika saya berkata benar yang membuatmu marah kepadaku, maka saya dapat mengharapkan penyelesaian yang baik dari Allah. Demi Allah, aku tidak mempunyai uzur. Demi Allah, diriku sama sekali tidak merasa kuat dan lebih mudah daripada ketika aku tidak mengikutimu ke Tabuk. Sekarang ini, saya merasa cukup segalanya’

Rasulullah saw bersabda : `Orang ini telah berkata benar. Berdirilah! Tunggulah keputusan Allah terhadap dirimu’

Bentuk hukuman :
Rasulullah saw melarang kaum muslimin berbicara dengan Ka’ab bin Malik, Murarah bin Rabi’ah Al-Amiriy dan Hilal bin Umayyah (ikut perang Badar)
Selepas 40 hari, Rasulullah saw memerintahkan untuk menjauhi isteri (bukan cerai, tetapi hindari, jangan dekat-dekat padanya) – lalui kehidupan tanpa isteri

Kesan :
Murarah dan Hilal menyembunyikan diri dan diam dirumah masing-masing, sambil tiada henti menangis memohon ampun kepada Allah kerana tidak ikut berperang
Ka’ab (paling muda & kuat) tetap keluar rumah mengikuti solat jamaah, ke pasar, tetapi tiada seorangpun yang berbicara dengannya
Ka’ab menerima surat daripada petani Kristian dari Raja Ghassan yang mengajak Ka’ab ke sana. Ka’ab berfikir ini cubaan, dan terus membakar surat itu

Taubat Ka’ab, Murarah dan Hilal telah diterima Allah swt. Kaum muslimin mengucapkan selamat dan bergembira.

Ka’ab berkata : `Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah telah menyelamatkanku kerana KEJUJURAN. Dan saya nyatakan, bahawa termasuk taubatku saya tidak akan berbicara selain yang benar, selama hidup saya’

Demi Allah, saya tidak pernah melihat seorangpun di antara kaum muslimin yang diuji Allah swt untuk berkata jujur, lebih baik dari saya semenjak berjanji kepada Rasulullah, sampai hari ini. Demi Allah, sejak aku berjanji kepada Rasulullah sehingga kini, aku tidak pernah sengaja berbohong. Dan saya berharap semoga Allah menjagaku dalam sisa hidupku.


suriaterang

Berlaku jujur dalam beribadat kepada Allah swt
Berlaku jujurlah walaupun terhadap diri sendiri

Taubat Wanita Zina

Taubat Wanita Zina

Dari Abu Nujaid Imran bin Al-Husain Al-Khuza’iy, ia berkata : `Ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah saw sedangkan ia sedang hamil kerana berzina dan berkata : `Ya Rasulullah, saya telah melakukan kesalahan, dan saya harus di had (dihukum), maka laksanakanlah had itu pada diri saya’.

Kemudian Nabi saw memanggil walinya seraya bersabda : `Perlakukanlah baik-baik wanita ini, apabila sudah melahirkan, bawalah ke mari’. Maka dilaksanakan perintah itu oleh walinya.

Kemudian setelah wanita itu melahirkan, dibawalah ke hadapan Rasulullah saw dan memerintahkan untuk wanita, maka diikatkanlah pakaiannya dan direjam.

Setelah ia mati, maka Rasulullah saw menyembahyangkan jenazahnya. Namun Umar berkata kepada beliau : `Wahai Rasulullah, mengapa engkau menyembahyangkan wanita itu, padah ia telah berzina?’

Baginda menjawab : `Wanita itu benar-benar bertaubat, dan seandainya taubatnya dibahagi kepada 70 orang penduduk Madinah, nescaya masih cukup. Pernahkah kamu mendapatkan orang yang lebih utama daripada seseorang yang telah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung? (HR Muslim)


suriaterang


wanita itu mulia kerana TAUBATNYA!!!

ALLAH swt TERIMA TAUBAT hamba-Nya

Pendapat Ulama – taubat hukumnya WAJIB

SYARAT Taubat ada 3 :
1. harus meninggalkan maksiat yang telah dilakukan
2. menyesali perbuatannya
3. bertekad tidak melakukannya kembali perbuatan itu selama-lamanya
Jika salah satu dari 3 syarat tidak dipenuhi, maka taubatnya TIDAK SAH

Jika maksiat berhubungan sesama manusia, maka SYARAT taubat ada 4 iaitu : 3 syarat di atas dan tambahan membersihkan diri atau membebaskan diri dari hak tersebut, dengan cara –
Harta - maka benda itu harus dikembalikan kepada pemiliknya
Had Qazaf – kewajipannya menyerahkan diri kepada orang yang punya hak, atau meminta maafnya

Ahlil Haq – seseorang yang bertaubat hanya sebahagian dosanya, adalah sah, tetapi dosa yang lain masih tetap


Anjuran Bertaubat

An-Nur : 31 `Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung’

Hud : 3 `Dan hendaklah kamu minta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya’

At-Tahrim : 8 `Hai orang-orang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya’

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata : Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : `Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar dan bertaubat kepadaNya lebih dari 70 kali setiap hari’ (HR Bukhari)

Dari Al-Aghar bin Yasar Al-Muzanniy r.a., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : `Wahai manusia, bertaubatlah kalian kepada Allah dan mohonlah ampun kepadaNya, sesungguhnya saya bertaubat 100 kali setiap hari’ (HR Muslim)


Taubat Diterima

Sesungguhnya Allah gembira menerima taubat hambaNya, melebihi kegembiraan seseorang di antara kalian ketika menemukan kembali untanya yang hilang di padang yang luas’ (HR Bukhari & Muslim)

`Sesungguhnya Allah Taala itu membentangkan tanganNya (memberikan kesempatan) pada waktu malam, untuk taubat orang yang berbuat dosa pada siang hari. Dan Allah membentangkan tanganNya pada waktu siang, untuk taubat orang yang berbuat dosa di malam hari, hingga matahari terbit dari barat’ (HR Muslim)

`Siapa sahaja bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah terima taubatnya’ (HR Muslim)

`Sesungguhnya Allah Yang Maha Agung akan menerima taubat seseorang sebelum nyawa sampai di tenggorokan (sebelum sakarat) (HR Tirmizi)


suriaterang

Latar belakang kes Meor Atiqurrahman secara ringkas

Latar belakang kes Meor Atiqurrahman secara ringkas

Isu ini berbangkit ekoran tindakan tegas Pihak Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir Jempol Negeri Sembilan (1997) memecat 3 orang pelajarnya yang memakai serban ke sekolah. (Meor Atiqulrahman bin Ishak, Syed Abdullah Khaliq Aslamy bin Syed Ahmad Johari dan Syed Ahmad Syakur Dihya bin Syed Ahmad Johari.)

Kes ini pernah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban (dikenali sebagai kes Meor Atiqurrahman & Ors vs Fatimah Sihi Abdullah & Ors) dan dimenangi oleh pihak pelajar (plaintif). Rayuan dibuat dan kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Persekutuan (Bidang Kuasa Rayuan) dengan permohonan sivil No. 01 – 3 – 2005 (N). Mahkamah Persekutuan (3 panel hakim : Tan Sri Abdul Malek Ahmad, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan Dato' Abdul Hamid bin Hj. Mohamad) baru – baru ini (12 Julai 06) telah memutuskan kes ini dimenangi oleh pihak Fatimah Sihi dan Kerajaan Malaysia. (Perayu)

Hakim Dato' Abdul Hamid dalam penghakimannya yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar mahkamah Persekutuan, Kamarudin Kamsun berkata :

"daripada apa yang dapat saya pastikan, al Quran tidak menyebut mengenai pemakaian serban. Saya tahu bahawa Rasulullah saw memakai serban, tetapi baginda juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi."

"Adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang? Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman baginda? ”

‘‘Soalnya ialah sama ada pemakaian serban oleh kanak-kanak lelaki sebaya usia perayu (dalam kes ini) merupakan satu amalan dalam agama Islam. Islam bukan sekadar memakai serban dan berjanggut. Arab jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak masyarakat itu, berbuat demikian,”




suriaterang

Asas-Asas Islam di dalam urusan halal & haram

Asas-asas Islam di dalam urusan halal dan haram
Dr Yusuf Al-Qardhawi


1. Asal bagi setiap sesuatu adalah mubah
2. Kuasa menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah
3. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama seperti syirik
4. Mengharamkan yang Halal akan mengakibatkan Timbulnya Kejahatan dan Bahaya
5. Setiap yang Halal Tidak Memerlukan yang Haram
6. Perkara-perkara yang Membawa Kepada Haram adalah Haram
7. Berhelah Dalam Perkara yang Haram, Hukumnya adalah Haram
8. Niat Baik Tidak Dapat Melepaskan yang Haram
9. Menghindarkan Diri dari Syubhat Kerana Bimbang Terjebak ke dalam Haram
10. Sesuatu yang Haram Berlaku Untuk Semua Orang
11. Keadaan darurat membenarkan perkara yang dilarang

Sifat-Sifat Orang Yang Dirahmati Allah SWT

Sifat-sifat orang yang dirahmati Allah
Ali-`Imran : 132 – 139

`Dan turutlah perintah Allah dan RasulNya supaya kamu mendapat rahmat. Dan cepatlah menuju keampunan Tuhan dan memasuki syurga yang lebarnya seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang memelihara dirinya (dari kejahatan) iaitu –

i. orang-orang yang menafkahkan (hartanya) di masa senang dan susah
ii. orang-orang yang sanggup menahan marahnya
iii. orang-orang yang memaafkan (kesalahan) orang lain
iv. orang-orang yang berbuat kebaikan
v. orang-orang yang mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya dirinya sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun kepadaNya terhadap dosanya, dan mereka tidak terus mengulangi perbuatan yang buruk itu, sedang mereka mengetahui
vi. orang-orang yang bekerja
vii. orang-orang yang tidak bersifat lemah dan tidak berdukacita

Sifat-Sifat Orang Yang Beriman

Sifat-sifat orang yang beriman
Al-Mukminun : 1 – 11

i. mereka yang khusyuk dalam sembahyang
ii. mereka yang berpaling dari perkataan yang tidak berguna
iii. mereka yang mengeluarkan zakat
iv. mereka yang menjaga kehormatannya; kecuali terhadap isteri atau hamba sahaya
v. mereka yang memelihara amanah dan memelihara janji
vi. mereka yang memelihara sembahyangnya

mereka itulah orang-orang yang mempusakai, yang mempusakai syurga firdaus

Sifat-Sifat Hamba Allah Yang Beramal

Sifat-sifat hamba Allah yang beramal
At-Taubah : 20 – 24

i. sentiasa menempatkan diri dalam amal dan jihad di dalam Allah
ii. sentiasa berhijrah ke martabat iman yang lebih tinggi
iii. sentiasa dalam rasa kegembiraan terhadap kerahmatan dan keredhaan Allah
iv. sentiasa mengharapkan balasan mulia daripada Allah
v. sentiasa mendahulukan kebenaran daripada kebatilan dan mementingkan dakwah di jalan Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya dalam kehidupan ini

Sifat-sifat Hamba Allah Yang Soleh

Sifat-sifat hamba Allah yang soleh
Al-Furqan : 63 – 77

i. sentiasa sopan dan tenang
ii. tidak melenting jika dikritik
iii. sentiasa bertahajjud
iv. sentiasa memohon dipelihara daripada azab neraka
v. berterusan infaq
vi. bersederhana dalam perbelanjaan
vii. tidak bakhil
viii. tidak membunuh tanpa hak
ix. tidak berzina dan sesuatu yang menuju perzinaan
x. sentiasa bertaubat
xi. tidak mahu menjadi saksi palsu
xii. tidak suka perkara-perkara lagha
xiii. peka terhadap ayat-ayat Allah
xiv. mendoakan kesejahteraan seisi keluarga

Sifat-sifat Insan Rabbani

Sifat-sifat Insan Rabbani
At-Taubah : 111-112

`Sesungguhnya Allah telah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman dengan memberikan syurga untuk mereka; mereka berperang di jalan Allah, sebab itu mereka membunuh dan terbunuh, menurut janji yang sebenarnya dari Tuhan di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Siapakah yang lebih memenuhi janjinya selain Allah? Sebab itu, bergembiralah kamu terhadap perjanjian yang telah ada antara kamu dengan Tuhan. Dan itulah keberuntungan yang besar iaitu :

i. orang-orang yang bertaubat
ii. orang yang beribadat
iii. orang-orang yang memuji Tuhan
iv. orang-orang yang berpuasa
v. orang-orang yang ruku’
vi. orang-orang yang sujud
vii. orang-orang yang menyuruh mengerjakan perbuatan baik
viii. orang-orang yang melarang mengerjakan kejahatan
ix. orang-orang yang menjaga peraturan Allah

dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman’

Akhlak Muslim

Akhlak Muslim
(dipetik dari kitab `Akhlak Para Penda’wah’ oleh `Abdullah Nasih ‘Ulwan)

1. Sesungguhnya para da’i atau hamba Allah yang menyeru kepada Allah (Islam) dialah yang lebih utama dan lebih wajar dari manusia-manusia lain dalam menghiasi dirinya dengan Akhlak Islam seperti mempunyai sifat benar (siddiq), amanah, lemah lembut (hilm), pemaaf (afnu), tawadhu’, memudahkan, mulia dan pemurah. Dia juga yang lebih utama dari yang lainnya dengan menjauhkan diri daripada sifat-sifat bohong, munafiq, pemarah, sombong, megah, bakhil dan kedekut.

2. Ringkasnya :

a) menghiasi diri dengan sifat-sifat kemuliaan
b) menjauhi diri dari sifat-sifat kecelaan

3. Tujuan?

a) mengukuhkan akhlak pendakwah
b) menseimbangkan suluk (akhlak) kemasyarakatannya
c) mendidik pergaulan dakwahnya supaya benar-benar menepati ajaran Al-Quran
d) agar suluknya menurut apa yang diperintahkan oleh syariat
e) cara pergaulan berjalan di atas petunjuk Rasulullah saw

Setelah akhlaknya menepati kehendak Islam, tentulah semua manusia datang menyahut seruannya. Bahkan akan tertarik kepadanya, berpegang teguh dengannya dan jiwa-jiwa mereka menjadi lapang kerana hidayah Allah swt.

4. Kesan kepada masyarakat :

a) membawa pengaruh yang sangat besar dalam perubahan (yang dikehendaki) dan mendapat penghormatan yang sangat tinggi dalam masyarakat.
b) melaksanakan satu perombakan dan pembetulan tentang kefahaman-kefahaman yang salah dan gambaran-gambaran yang keliru.
c) mengembalikan umat ini kepada Allah swt dan mula mengembalikan anak-anaknya kepada landasan Islam.
d) mencabut akar umbi sifat putus asa dari jiwa pemuda-pemuda dan menanamkan di dalam jiwa mereka roh cita-cita dan harapan terhadap hari depan yang cemerlang.
e) menggerakkan jiwa mereka terhadap dakwah, membuka pintu hati mereka terhadap jihad kerana semata-mata meninggikan kalimatullah
f) mengenalkan kepada generasi Islam akan jalan serta contoh teladan yang boleh menyampaikan mereka kepada kemuliaan, kekuatan dan kehormatan.

5. Apakah akhlak menerima perubahan?

a) sebahagian ahli Falsafah Etika Barat, antaranya, Syubenhaour (Jerman), Sevinoza (India) dan Levypreal (Perancis) menimbulkan kekeliruan iaitu –

• dalam hati-hati mereka itu ada penyakit-penyakit yang mana mereka tidak mengharapkan bagi kemanusiaan itu petunjuk dan tidak juga mengharapkan Islah, dan mereka tidak menghendaki bagi Al-Insaniyyah itu kebaikan dan juga tidak berakhlak.
• kekeliruan ini dapat diselesaikan bahawasanya manusia itu dilahirkan mempunyai kebaikan-kebaikan atau kejahatan-kejahatan sepertimana biri-biri melahirkan anak yang jinak dan juga singa melahirkan anak yang liar.
• Sesungguhnya tidak mungkin berubah kejahatan yang terkandung dalam diri manusia, seperti mana juga tidak mungkin berubah kebaikan yang semula jadi dalam diri manusia itu.

b) Kekeliruan ahli Falsafah Etika Barat ini bertentangan dengan Syara’, bertentangan dengan akal, dan bertentangan dengan suasana.

• Bertentangan dengan Syara’

 Al-Balad : 10 `Dan Kami tunjukkan dua jalan’ iaitu jalan kebaikan dan jalan kejahatan.
 Al-Syams : 7-10 `Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kecelakaan dan ketaqwaan. Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang dapat mensucikan jiwanya itu. Dan sesungguhnya amat rugilah sesiapa yang mengotorkannya’.
 Al-Insan : 3 `Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan. Ada pula yang bersyukur dan ada pula yang kafir (ingkar)’.
 Hadis : `Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibu-bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi’.

Dua jalan maksudnya – jalan kebaikan dan jalan kejahatan.
Nas-nas ini membuktikan bahawa sesungguhnya akhlak itu menerima perubahan dan sesungguhnya tarbiyyah dan aspek bi’ah merupakan pengaruh-pengaruh yang sangat besar dalam menyeimbangi, menegak dan mengukuhkan akhlak itu.

• Bertentangan dengan Akal

 Apakah tujuan disebalik Allah swt telah menurunkan kitab-kitab, mengutus para Rasul dan memerintah du’at?
 Kenapa para pemerintah mengambil berat dalam menggubal undang-undang, mengutamakan pembinaan madrasah, kolej dan universiti?
 Kenapa Menteri Pelajaran/Pendidikan bekerja keras menentukan para tenaga pengajar dan mereka-mereka yang takhassus daripada ahli-ahli sosiologi serta para pendidik?

• Bertentangan dengan Suasana

 Alam Al-Insan –
a. Manusia itu selama mana dia hidup dalam bi’ah kerosakan dan kesesatan dan telah sampai kepadanya jenayah-jenayah dan penderitaan-penderitaan, masyarakat tentu sahaja akan merasai musibah-musibah kejahatan serta kecelakaan-kecelakaan penderitaannya.
b. Manakala ketika dengan sahabat yang soleh, pendidik yang berpengaruh atau pendakwah yang mukhlis, dia berusaha memindahkannya daripada lembah penderitaan kepada mahligai kebahagiaan.

 Alam Al-Haiwan –
a. Manusia itu dipertemukan dengan spontan (sesuai) pada tiap-tiap masanya kepada perpindahan tabiat-tabiat haiwan daripada sifat-sifat kasar (liar) kepada sifat jinak (lembut), dan daripada kesusahan dan perasaan dukacita kepada keselesaan dan perlindungan… sehingga manusia dapat menari-narikan kuda, memain-mainkan burung dan mengajar pancaindera-pancaindera.
b. Jika begitu keadaan naluri binatang-binatang buas yang tidak berakal, bagaimana pula dengan manusia. Sesungguhnya naluri-naluri kemanusiaan itu begitu mudah dijinak, dipimpin dan sebesar-besar perkara yang dapat dilentur dengan sebab penerimaannya terhadap percampuran dan keseimbangan.

 Alam Tumbuh-Tumbuhan –
a. Bahawasanya sebiji benih tatkala disemai oleh seorang petani di dalam bumi yang subur, kemudian disirami dengan air dan dibaja serta dilindunginya daripada serangga-serangga dan ulat-ulat perosak tanaman… jika petani sentiasa memeliharanya dengan melentur duri-durinya dan meluruskan ranting-ranting dan dahan-dahannya… maka jadilah biji benih tadi didatangi oleh sesiapa saja yang hendak memakannya dengan izin TuhanNya. Petani tadi memetik buah-buahannya, berlindung di bawah kerendangannya.
b. Jika biji benih tadi tidak diambil berat dan cuai, tidak dibajai, atau tidak dibajai dengan baja yang baik, tidak dilentur duri-durinya, tidak dilurus dahan dan rantingnya, maka sudah pasti dia tidak didatangi dengan makanan-makanannya, tidak mengeluarkan daun-daun, bahkan juga tidak menghasilkan buah-buahan. Bahkan pohon itu akan kuncup kering lalu ditiup angin.

6. Kata-kata Imam Al-Ghazali :

`Dan anak adalah merupakan amanah terhadap kedua ibubapanya, dan qalbunya yang suci itu adalah merupakan mutiara kejiwaan yang bermutu tinggi, jika dikembalikan (dibiasakan) kebaikan-kebaikan itu kepadanya maka terbentuklah dia di atas kebaikan-kebaikan itu dan berbahagialah dia nanti di dunia dan di akhirat. Tetapi jika dikembalikan (dibiasakan) kejahatan kepadanya lalu dicuaikan dan membiarkannya dengan sifat-sifat kebinatangan, maka menderita dan binasalah ia. Dari itu hendaklah kedua ibubapanya memeliharanya dengan mengajarnya beradab, sopan santun, mengasuh dan mendidiknya dengan kebaikan-kebaikan akhlak…’

suriaterang

akhlak Baginda Rasulullah saw al-Quran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails