Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Friday, November 30, 2007

Suami Oh Suami!

Sekadar berkongsi …

Hari ini saya ada temujanji dengan seorang klien. Untuk memudahkan perbincangan & perkongsian biarlah saya rujuk beliau sebagai puan laila. Dari luar kelihatan sungguh garang puan laila, dengan suara yang besar dan bernada tinggi, bertubuh badan yang agak `berisi’ dan wajah yang kurang senyuman. Saya menjemput puan laila masuk ke bilik temuduga. Seperti biasa saya bersalaman, wajah dengan penuh senyuman (senyum itu sedekah), dimulakan perbualan mesra (penting sebab nak menghilangkan gap … so, klien mudah utk berkongsi masalah), …


Mula lah cerita puan laila ….


Suara puan laila mulanya agak tinggi mungkin melepaskan apa yang terpendam di hati beliau sekian lama

Merah padam muka puan laila menahan kemarahan mengenangkan dirinya yang dihalau keluar dari rumah oleh suami beliau sejak 1993… puncanya, puan laila menegur tindakan suami yg memeluk isteri org lain yang mana gambarnya terletak di atas meja pejabat suaminya ……. sekarang puan laila tinggal di rumah ibu kandung di kampung


Suami puan laila seorang polis berpangkat c/inspector, sangat garang (tak leh ditegur langsung), cepat melenting, tak mesra dengan anak-anak, kalau suaminya tengok tv di ruang depan… maka anak-anak akan tengok tv di dapur … dan yang menariknya, suami puan laila baru selesai kursus kaunseling … Selepas dihalau hinggalah sekarang ini, suami tak datang rumah memujuk minta puan laila kembali ke pangkuan suami, sebaliknya teman sepejabat suami yang beria-ria datang memujuk puan laila pulang semula ke rumah suami puan laila


Puan laila mula bercerita berkenaan kesusahan yang dihadapi … mempunyai 4 orang anak. 2 orang anak baru meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya.


Puan laila seterusnya menunjukkan gambar-gambar suami bersama wanita-wanita lain… isu tangkapan khalwat, surat-surat wanita lain yang tidak dikenali dan lain-lain perbuatan suami yang amat menghiris hati puan laila untuk kembali hidup bersama.. walaupun, setelah 2 org anak meninggal dunia, tapi suami masih tidak berubah sikap … bila ditanya adakah puan laila masih sayangkan suami, puan laila menyatakan bahawa beliau masih sayangkan suami, mahu suami berubah … tetapi sejak tahun 1993 hingga sekarang, puan laila bagai gantung tak bertali

Saya lihat mata puan laila mula kemerahan … suaranya mula perlahan, percakapan agak tersekat-sekat. Puan laila terus meluahkan apa yang terpendam di dalam hati sambil tangan tak henti-henti mengesat air mata yg mengalir. Sekarang puan laila mengambil upah menoreh getah, upah menebas tanah 4 ekar, berniaga warong dan lain-lain kerja untuk menampung kos pembelajaran anak yg masih menuntut



Inilah serba sedikit masalah ummah untuk perkongsian bersama …


Apa yg saya dapat disimpulkan secara ringkas di sini -

Masih ada `sang suami’ di luar sana yang `terlupa’ atau `tak mengambil endah’ atau `tak tahu’ tanggungjawab yang terpikul di atas pundaknya selepas berkahwin.

Masih ada suami yg merasakan tanggungjawab nya hanya setakat beri nafkah makan minum…. Bab-bab lain termasuklah pendidikan anak2 , isteri tanggung sendiri.

Masih ada suami/bapa beri nafkah rm300 dari mula kahwin sampailah sembilan anak, itulah jumlah nafkah yang diberi … kalau tak cukup, pandai-pandai lah anak isteri cari kerja menampung belanja keluarga

Masih ada suami, di luar rumah, pijak semut tak mati, tapi bila di rumah dengan anak-anak dan isteri… hanya Allah Maha Mengetahui.



Exceptions …. …. Masih terdapat ramai suami [terutamanya dlm jemaah islam insya-Allah ;-)] yang amat bertanggungjawab kepada isteri-isteri, anak-anak dan family … alhamdulillah.


Suriaterang

(cuit sikit - kongsi2lah pengalaman antum mendidik keluarga dengan `suami-suami’ yang berada di luar sana)

Indahnya Dialog Anak-Anak ini

Umi intai je celah pintu tenguk Razeen (6 thn) dan Jauzi (5 thn) bersembang.

Razeen berdiri dan Jauzi duduk. Kedua-dua nya baru je selesai buka bungkusan 'ice cream' dan di tangan masing-masing ada bungkusan masing-masing.

"Razeen, tolong buang dalam ton sampah, kertas ice cream saya ni" kata Jauzi.

"Awak lah tolong saya, kalau tolong saya buang kertas ni awak dapat pahala" kata Razeen

"Pahala tu apa" tanya Jauzi selepas termenung dan tak tahu apa tu erti pahala

"Pahala, tu hadiah lah daripada Allah" kata Razeen. "Kita kumpul-kumpul jadi banyak, nanti boleh masuk syurga" tambah Razeen

"Awak ambil kertas saya ni, dan buang dalam tong sampah. Awak dapat pahala sebab tolong saya" sambil menghulurkan pembalut icecream nya pada Jauzi.

"Dan saya buang kertas awak dalam tong sampah. Saya tolong awak saya pun dapat pahala" kata Razeen. Sambil mengambil pembalut ice cream dari Jauzi dan menghulur pembalut nya pada Jauzi.

Setuju, sambil kedua-dua nya menuju ke tong sampah untuk membuang sampah di tangan masing-masing.

Senyum dan sangat terharu, jauh nya unjuran pemikiran budak-budak la ni.

Wassalam
Pak Aman


Suriaterang

Ya Allah, berkatilah anak-anak ini & anak-anak saudara-saudara seperjuanganku
Jadikanlah mereka pejuang agama-Mu yang suci ini
Ameen

Zaman `Sand-Wich', Ulama `Sand-Wich'

Zaman `Sand-wich’, Ulama `Sand-Wich’







Di dalam buku `Fatwa – Antara Ketelitian & Kecerobohan’ ada dinukilkan `Kewajipan Seorang Muslim – Menuntut Ilmu’ terdiri daripada 3 iaitu :



1. Membaca kitab-kitab rujukan Islam yang muktamad

- setiap individu muslim yang berpendidikan dan pandai membaca diwajibkan untuk membaca buku-buku dan menambah wawasannya tentang Islam sesuai dengan kadar kemampuannya

- seeloknya rujuk dan minta pendapat ulama-ulama yang baik tentang buku-buku yang muktamad untuk dibaca, kerana bukan semua buku/kitab sesuai dengan peringkatnya dan sesuai baginya

- salah satu penyakit yang ada pada masa kini, tidak banyak orang yang membaca kitab-kitab yang bermanfaat dan tidak sabar membaca kitab-kitab rujukan asli dan muktamad, sehingga ada beberapa sasterawan yang menamakan zaman ini adalah zaman `sand-wich’, di mana orang-orang yang sudah tidak tahan lagi untuk duduk di keliling meja makan sambil menyantap jamuan dengan saksama dan perlahan, tetapi yang mereka kehendaki makan dengan segera atau berlari untuk mengejar yang lain



2. Hadir ke majlis-majlis ilmu

- memperdalam ilmu pengetahuan Agama Islam dengan cara menghadiri dan mengikuti majlis-majlis ilmu yang diselenggarakan oleh para ulama

- pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya : `Wahai anakanda, hadirlah selalu ke majlis-majlis ilmu, lazimkanlah dirimu untuk duduk bersama mereka (mendengar pengajaran), kerana sesungguhnya hati sanubari itu akan hidup dan sihat dengan (siraman) ilmu pengetahuan, seperti suburnya tanah yang disirami air hujan’

- ilmu yang menyuburkan dan menghidupkan hati adalah ilmu yang bermanfaat; yang mengingatkan diri akan kebesaran Allah swt dan hari Akhirat

- majlis ilmu sebahagian dari taman-taman syurga, sabda Rasulullah saw : `Jika kalian melalui taman-taman syurga, maka berhenti dan duduklah di situ!’ para sahabat bertanya : `Apakah taman-taman syurga itu ya Rasulullah?’ Jawab Baginda saw : `Majlis-majlis ilmu dan zikir’ (HR Tirmidhi)

- zikir yang dimaksudkan di sini dan difahami oleh para sahabat Rasulullah saw ialah menyebut dan mengingati serta mempelajari ajaran-ajaran Agama dengan mengkaji kitab Allah, Tafsir, Hadith-hadith untuk mengenal mana yang halal dan mana yang haram; mana yang hak dan mana yang batil dan seumpamanya



3. Bertanya



- bila seorang Muslim ada kemusykilan, maka bertanyalah kepada orang yang ahli di bidang tersebut

- An-Nahl : 24 : `Tanyalah olehmu akan ahli zikir (orang yang arif), jika kamu tidak mengetahui (tentang sesuatu perkara)’

- Pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad saw, ada salah seorang sahabat r.a. yang menderita luka-luka berat, walhal saat itu ia dalam keadaan junub yang mesti bersuci dengan cara mandi junub. Masalahnya bagaimanakan ia boleh bersuci dari hadas besar tadi? Salah seorang di antara mereka ada yang berpendapat : Walaubagaimanapun ia mesti mandi dan menyiram seluruh luka-lukanya itu dengan air, sebagaimana seorang yang sihat mengangkat hadas besar. Orang yang luka-luka itupun mengikut pendapat tadi dan menyiram seluruh tubuhnya dengan air. Hasilnya, setelah beberapa saat orang tersebutpun meninggal dunia. Kemudian sampailah berita tersebut kepada Baginda saw dan katanya kepada orang yang berpendapat seperti tadi (yakni mandi wajib dengan air) : `Celaka, mereka (dengan fatwa itu) telah membunuhnya. Mengapakah mereka tidak bertanya (kepada yang arif) jika mereka tidak mengetahui (sesuatu masalah). Ketahuilah bahawa ubat penyembuh kebodohan adalah dengan bertanya. Sesungguhnya, orang yang meninggal tadi cukup bertayammum (untuk mengangkat hadas besarnya) dan tidak perlu mandi’ (HR Abu Daud dari Jabir Ibn `Abdillah r.a.)


Suriaterang

Ya Allah, berkatilah segala ilmu yang kupelajari
Ringankanlah lidahku untuk menyampaikan apa yang kupelajari
Ampunkanlah segala dosa-dosaku jika aku sekiranya terdapat
yang tidak kuperbuat sebagaimana yang kusampaikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails