Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Saturday, December 1, 2007

Peristiwa paling dahsyat yang kan berlaku!!

DIALOG ANTARA BAGINDA RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT YANG MAFHUMNYA :

Diriwayatkan dari Abu Umamah al-Bahily,


Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat : `Bagaimana pandangan kalian, apabila sampai satu ketika di mana kaum-kaum ibu melampaui batas, generasi muda menjadi rosak dan sebahagian kamu kehilangan daya juang?

Para sahabat : `Apakah hal yang demikian akan berlaku ya Rasulullah?’

Rasulullah s.a.w menjawab : `Ya, demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, malah yang lebih hebat daripada itu akan terjadi’

Sahabat : `Apakah yang lebih hebat lagi dari itu ya Rasulullah?’

Rasulullah s.a.w. menjelaskan : `Bagaimana pandangan kamu jika tiada lagi orang yang mahu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah dari berbuat jahat?’

Sahabat : `Apakah peristiwa yang sedemikian bakal terjadi, ya Rasulullah?’

Rasulullah s.a.w menjawab : `Ya, demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, malahan yang lebih dahsyat dari itu akan terjadi’

Sahabat : `Apakah yang lebih hebat dari itu, ya Rasulullah?’

Rasulullah s.a.w. menjawab : `Bagaimana pandanganmu jika nanti ada orang yang memandang sesuatu kebaikan sebagai hal yang mungkar, dan melihat yang mungkar sebagai satu hal yang baik?’

Para sahabat : `Apakah keadaan sedemikian dahsyat akan berlaku, ya Rasulullah?’

Rasulullah s.a.w. menjawab : `Ya, demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam tangan-Nya, malahan yang lebih ngeri lagi akan berlaku’

Sahabat : `Apakah kejadian yang lebih ngeri itu?’

Rasulullah s.a.w. menjawab : `Bagaimana pendapat kamu, jika nanti kamu diperintahkan untuk mengerjakan yang mungkar dan dilarang dari mengerjakan sesuatu perbuatan yang baik?’

Sahabat bertanya : `Apakah peristiwa sedemikian akan terjadi?’

Rasulullah s.a.w. menjawab : `Ya, malah yang lebih dahsyat dari itu akan terjadi!’


Suriaterang

dunia dah terbalik...
dunia hampir kiamat...
apakah amalan yang akan kuhadapkan kepada Maha Pencipta?

Keutamaan Membaca Al-Quran

1. Dari Abu Umamah r.a., ia berkata : Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : `Bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya (yang berpegang pada petunjuk-petunjuknya)’ (HR Muslim)

2. Dari Abu Musa Al Asy’ari r.a., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : `Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah limau yang harum baunya dan lazat rasanya. Perumpamaan orang mukmin yang tidak suka membaca Al-Quran seperti buah kurma yang tidak berbau tetapi rasanya manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran, seperti bunga yang harum baunya tetapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran, seperti buah handhalah yang tidak ada baunya dan rasanya pahit’ (HR Bukhari & Muslim)

3. Dari Ibnu Mas’ud r.a., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : `Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran) maka akan memperolehi satu kebaikan. Setiap satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan : ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, tetapi `alif’ satu huruf, `laam’ satu huruf dan `miim’ satu huruf’. (HR Tirmidhi)

4. Dari Ibnu Mas’ud r.a., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : `Sesungguhnya orang yang di dalam dadanya tidak ada sedikitpun dari Al-Quran, maka ia bagaikan rumah yang kosong’ (HR Tirmidhi)


suriaterang

Ya Allah, basahilah lidahku dengan ayat-ayat Quran. Ameen.

Kewajipan Muslim (2)

1. BERANI & sanggup MEMIKUL TANGGUNGJAWAB.


2. Keberanian yang paling baik ialah berterus terang menyatakan KEBENARAN, menyimpan RAHSIA, mengAKUI kesilapan, mengINSAFi diri & menguasai diri ketika marah.


3. Bersikap SERIUS & sentiasa BERSUNGGUH-SUNGGUH.


4. Hendaklah bersifat PEMALU, berperasaan HALUS, sensitif dengan KEBAIKAN & KEJAHATAN. Bergembira kerana kebaikan & berdukacita kerana kejahatan.


5. Mestilah bersifat RENDAH DIRI tetapi tidaklah sehingga menjadikan hina, mengikut telunjuk & pengampu.


6. Mestilah bersifat ADIL & menjatuhkan hukuman yang BETUL di dalam semua keadaan.


7. AKTIF dalam kegiatan, terlatih dengan kerja-kerja KHIDMAT MASYARAKAT & merasa bahagia apabila dapat meyumbangkan khidmat kepada orang lain.


8. Bersifat LEMBUT HATI, PEMURAH, PEMAAF, PENYANTUN, LEMAH-LEMBUT & BELAS KASIHAN kepada manusia & haiwan.


9. CEKAP dalam MEMBACA & MENCANTIKKAN TULISAN, mengadakan perpustakaan khas walaupun kecil, memperluaskan ilmu & bidang pengkhususan.

10. Memberi perhatian yang sepenuhnya dalam MENYEMPURNAKAN KERJA saudara dengan melakukannya dengan BAIK & memperKEMASkannya, tidak menipu & MENEPATI WAKTU.


Dipetik & diringkaskan dari Kitab Risalah Ta`alim karya Muhammad Abdullah al-Khatib (Tazkeerah ASAPMuar 05.01.2007)

Kewajipan Muslim (1)

1. Berusaha untuk KHATAM QURAN dalam tempoh 1 bulan.


2. Memperelokkan BACAAN QURAN, mendengar & mengamati makna-maknanya.


3. Memperlajari SIRAH RASULULLAH S.A.W. dan sejarah SALAFUS SOLEH.


4. Memperbanyakkan BACAAN HADIS & sedaya upaya menghafal 40 hadis karangan Imam Nawawi.


5. Bersegera membuat PEMERIKSAAN KESIHATAN secara umum & mengubati penyakit yang ada serta mengambil berat kepada faktor yang membawa kepada ketahanan fizikal di samping menjauhi punca yang melemahkan kesihatan.


6. Hindarkan daripada berlebihan meminum KOPI & TEH atau minuman-minuman yang meransang.


7. Sedaya upaya menjauhi sama sekali daripada MEROKOK.


8. Mengambil berat KEBERSIHAN dalam semua perkara baik tempat tinggal, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Sesungguhnya ISLAM DIBINA ATAS KEBERSIHAN.


9. BENAR dalam PERCAKAPAN. JANGAN sekali-kali BERDUSTA.


10. MENEPATI JANJI dan mengotakan apa yang diperkatakan serta JANGAN saudara MUNGKIR JANJI walau dalam bagaimana keadaan sekalipun


Dipetik & diringkaskan dari Kitab Risalah Ta`alim karya Muhammad Abdullah al-Khatib (Tazkeerah ASAPMuar 19.12.2006)

Ibadah qurban

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa ibadah Qurban itu sunnah
Nabi Ibrahim a.s. Dagingnya bolehlah dihadiahkan atau
disadaqahkan kepada rakan, jiran, faqir, miskin dan muslimin/muslimat
yang lain; ini boleh dilakukan di mana saja, termasuk Rengit dan
Gelang Patah.

Hukum Qurban ialah sunat muakkad. Rasulullah s.a.w. pernah melarang
segolongan muslim daripada melakukan solat sunat aidil-adha.
Golongan itu ialah orang yang mampu melakukan Qurban tetapi sengaja
tidak melakukannya.

Hakikat Qurban terletak pada nilai ketaqwaan dan keimanan.
Inilah yang dipamerkan Nabi Ibrahim a.s. ketika diperintah Allah
menyembelih putera kesayangannya, Ismail. Baginda hamba Allah yang
sami’na waatho'na, walaupun dijalaninya dengan rasa berat.

Hakikat bahawa bukan daging ataupun darah yang menjadi ukuran ibadah
Qurban itu ditegaskan Allah S.W.T. dalam Surah Al-Hajj, Ayat 37
seperti berikut:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan
sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang
ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".


suriaterang


Semoga segala ibadah kita diterima Allah S.W.T.

Khutbah Abu Bakar As-Siddiq

Khutbah Abu Bakar As-Siddiq


Abu al-Qasim al-Tabarani meriwayatkan daripada Nu`aim bin Namhah, katanya : `Abu Bakar al-Siddiq r.a. ada menyatakan di dalam khutbah beliau :

`(Insaflah) hari demi hari berlalu kamu semua semakin dekat dengan ajal yang pasti. Sesiapa yang mampu biarlah umurnya dihabiskan untuk melaksanakan perintah Allah. Namun kalian tidak dapat berbuat demikian melainkan dengan izin Allah.

Malangnya ada juga segelintir kamu yang menghabiskan umur bukan untuk Allah tetapi (untuk melakukan kerja sia-sia) yang lain daripada Allah. Sebab itu Allah melarang kamu menurut jejak mereka. Allah berfirman (maksudnya) : `Jangan Kami jadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah jadikan mereka lupa diri mereka sendiri’. Tahukah kamu di mana sahabat-sahabat kamu yang telah (kembali ke rahmatullah). Mereka semua sedang berhadapan dengan hari perhitungan terhadap segala amalan yang telah mereka lakukan. Ada yang bahagia serta ada pula yang malang dan celaka. Ke mana perginya manusia perkasa pembina bandar dan kota, pembangun benteng dan tembok pertahanan. Mereka semua telah terbujur kaku di bawah timbunan batu atau dihanyut air lalu. Tapi (bersama kita) kitab Allah. Keajaibannya tidak akan usang. Ambillah bekalan cahaya darinya untuk kegunaan hari kegelapan (kiamat). Sinarilah kehidupan kamu semua dengan sinar keterangannya’

`Sesungguhnya Allah swt telah memuji Nabi Zakaria a.s. dan ahli keluarga Baginda, menerusi firmanNya (bermaksud) : `Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut, dan mereka pula sentiasa khusyu’ (dan taat) kepada Kami’ (Al-Anbiya : 90)’

`Tidak ada gunanya perkataan yang diungkapkan bukan untuk meraih keredhaan Allah, harta yang tidak dibelanjakan fi sabilillah. Tidak berguna orang yang kejahilannya mengatasi sifat sabarnya, takut kepada celaan orang yang mencela di jalan Allah. Tidak ada kebaikan kepada orang yang takut celaan orang untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah’


Suriaterang

Berani kerana benar!

Contoh ikutan yang baik vs Contoh ikutan yang buruk

Contoh ikutan yang baik vs Contoh ikutan yang buruk

Surah Al-Hasyr, ayat 12 yang bermaksud : `Setiap orang hendaklah melihat (dan memikirkan) apa yang ia sediakan untuk hari esok (hari akhirat)’


Baginda Rasulullah saw bersabda :

`Sesiapa yang mengajukan contoh ikutan yang baik di dalam Islam, ia akan memperolehi pahalanya dan pahala orang-orang lain selepasnya yang mengamalkannya, tanpa dikurangi pahala tersebut sedikitpun. Sesiapa yang mengajukan contoh ikutan yang buruk di dalam Islam, ia akan mendapat dosanya dan dosa orang lain yang mengamalkannya tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun’

Suriaterang

Ya Allah! Bantulah kami dalam beramal di jalanMu. Jadikanlah kami contoh ikutan yang baik. Jauhilah kami daripada menjadi contoh ikutan yang buruk. Ameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails