Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Friday, November 16, 2007

Definisi Islam

dipetik dan diringkaskan daripada buku tulisan Dr Abdul Karim Zaidan

Definisi Islam 1

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Jibril telah datang berupa seorang Arab Badwi bertanyakan Rasulullah saw tentang Islam supaya dapat didengar oleh para sahabat yang hadir dan secara tidak langsung mereka dapat mempelajari agama mereka

(Jibril berkata) Beritahulah saya tentang Islam? Jawab Baginda saw : Islam itu ialah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah – salawat dan salam ke atasnya – kamu mendirikan sembahyang, kamu menunaikan zakat, kamu berpuasa di bulan Ramadhan dan kamu menunaikan haji jika berkemampuan

Definisi Islam 2

Islam ialah ketundukan, penyerahan diri dan kepatuhan kepada Allah
Ketundukan ini perlu berlaku dengan penuh kesedaran dan kerelaan dan bukan terpaksa
Semua makhluk tunduk di bawah ketentuan Allah dan sunnatullah sama ada dari segi kewujudannya, kesinambungannya dan kehancurannya
Bukti ketundukan berdasarkan sejauh mana keredaan dan penerimaan sepenuhnya kepada hukum ini tanpa syarat dan alasan

أَفَغَيْرَ دِينِ اللّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ (Ali Imran:83)
Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ إِلاَّ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللّهِ فَإِنَّ اللّهِ سَرِيعُ الْحِسَابِ (Ali Imran:19)
Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (Ali Imran:85)
Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.


Perkataan Islam digunakan bagi merujuk secara khusus kepada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan kepada makna kepatuhan yang sepenuhnya kepada Allah tanpa dalih dan alasan
Dengan kepatuhan ini lahirlah ketundukan manusia kepada Allah dengan penuh kerelaan
Definisi Islam dengan maknanya yang khusus ialah ketundukan kepada Allah dengan penuh kerelaan dan sebagai bukti kepada ketundukan ialah dengan mematuhi segala ketetapan dan peraturan Allah yang diwahyukan kepada rasulNya Muhammad saw dan diperintahkan supaya disampaikan kepada manusia

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (Al-Maidah:3)
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Definisi Islam 3

Islam ialah satu sistem yang menyeluruh dan lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia
Islam merupakan dasar kepada sistem akhlak, kesannya, sesiapa yang patuh dan taat diberikan pahala dan sesiapa yang mengengkarinya akan disiksa

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (Ali Imran:85)
Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.


Definisi Islam 4

Islam ialah sejumlah peraturan yang diturunkan oleh Allah ke atas RasulNya berkaitan dengan aqidah, akhlak, ibadat, muamalat dan segala perkhabaran yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah yang diperintahkan Allah supaya disampaikan kepada manusia

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ (Al-Maidah:67)
Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.


... bersambung


suriaterang
- doakan kebahagiaan & ketenangan buat diri

20 perkara yang membatalkan syahadah




20 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
(AS-SYEIKH SA’ID HAWWA)


1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah swt
2. Mengengkari nikmat Allah sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus
3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah
4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah
5. Mentaati selain Allah tanpa keredhaan-Nya
6. Menjalankan hukum selain daripada hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masalah
7. Benci kepada salah satu dari ajaran al-Quran atau sunnah
8. Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya
9. Menghina salah satu dari ajaran al-Quran atau Sunnah, mempersendakan orang alim atau orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalal-NYa
11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu al-Quran dan Sunnah
12. Mengangkat orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang Islam dan orang mukmin
13. Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah s.a.w.
14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik
15. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya
16. Tidak mengetahui makrifat Allah dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengengkari sifat-sifat ketuhanan-Nya atau mengengkari nama-nama-Nya
17. Tidak mengetahui Rasulullah secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut atau tidak meyakini bahawa Rasulullah adalah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia
18. Mengkafir orang yang mengucapkan 2 kalimah syahadah, tidak mahu mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka
19. Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah, seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud atau rukuk bukan kepada Allah, atau tawaf di sekeliling lain dari Kaabah dengan niat mendekatkan diri kepada Allah
20. Berperasaan riya’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails