Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Monday, June 9, 2008

Kenyataan Akhbar Peguam Kes Kalimah `Allah

Kenyataan Akhbar Peguam Kes Kalimah 'Allah'


1. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang masing-masing telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran-kebenaran untuk mencelah di dalam kes yang difailkan oleh Titular Roman Catholic Church ( " Gereja tersebut " ) bagi semakan kehakiman dan deklarasi hak-hak lain sebagaimana berikut :

a) penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan buletin Gereja tersebut 'Herald-The Catholic /weekly';
b) mencabar Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Akta Media Cetak dan Penerbitan 1984 yang melarang penggunaan kalimah 'Allah', dan
c) kalimah 'Allah' tidak eksklusif untuk Agama Islam.

2. Akibat daripada keputusan semakan kehakiman / deklarasi hak-hak tersebut ialah :-

i) Membenarkan Gereja tersebut untuk menggunakan kalimah 'Allah' di dalam penerbitan buletin Gereja tersebut 'Herald-The Catholic Weekly';
ii) membenarkanGereja tersebut mandapatkan hak menggunakan kalimah 'Allah',
iii) menyebabkan timbul kekeliruan di dalam beragama yang boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam dan komuniti Islam.

3. Permohonan mencelah oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri adalah wajar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan di dalam beragama akibat daripada penggunaan kalimah 'Allah', yang mana boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam serta meyebabkan sensitiviti agama.

4. Majlis Agama Islam negeri-negeri ini adalah bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan kepada integriti kalimah 'Allah' yang menjadi teras kepercayaan (Tauhid) orang Islam. Konsep Allah ( konsep ketuhanan ) sebagaimana difahami, diamalkan dan dipraktikkan oleh komuniti Islam di Malaysia secara totalnya jauh berbeza dan terpisah daripada apa yang difahami oleh Gereja tersebut sama ada dari segi konsep, budaya mahupun teologi.

5. Justeru, adalah menjadi asas utama bagi kedua-dua Majlis Agama Islam negeri-negeri ini untuk mencelah bila mana hak-hak dan kepentingan-kepentingan orang Islam terjejas.

6. Oleh yang demikian, mencabar integriti kalimah 'Allah' telah menggugat kepercayaan Orang Islam dari peringkat akar umbi dan melangkaui maksud permohonan penggunaan kalimah 'Allah' yang merujuk kepada istilah "god"
(Tuhan) sebagaimana difahami oleh Gereja tersebut.

Tn Hj Zainul Rijal Abu Bakar
Peguamcara bagi
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

http://jasa-my.org/v2/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails