Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Monday, December 3, 2007

Nasyid `Sayang Allah, Sayang Rasul'

NASYID

(chorus)
1, 1 kami sayang Allah
2, 2 sayang Rasulullah
3, 3 sayang umi ayah
1, 2, 3 sayang semuanya

Allah jadikan, Adam dari tanah
Dihembus roh, diberinya ilmu
Marilah kita, taat beribadah
Bersyukur ke atas segala nikmatNya

ulang chorus

Nabi Muhammad, Rasul yang terakhir
Diberi mukjizat, kitab al-Quran
Marilah kita, mengikut sunnahnya
Selamat di dunia juga di akhirat

ulang chorus
Sayang umi, melahirkan kami
Sayang ayah, membesarkan kami
Marilah kita, berdoa padaNya
Jasa umi ayah dibalasNya syurga

ulang chorus

Umat Islam umpama satu badan
Dicubit paha kiri terasa paha kanan
Marilah kita, bermaaf-maafan
Tolong-menolong beri bantuan

ulang chorus


suriaterang

terhibur mendengar nyanyian oleh anak-anak yang berjiwa bersih putih
ibubapa yang akan mencorak jiwa anak-anak ini
apakah corakan yang ibubapa pilih?

:D

FAQ : Suami suka berpoya

Soalan :

Suami saya (umurnya 43 tahun) suka berpoya dengan perempuan. dia cuma berhenti pada tahun 2003 - 2005 sahaja. Tahun 2003 kami pergi haji. Tahun 2006 ni dia mula balik. Bukan setakat belanja makan termasuklah yg berat sekali.

Pelbagai cara saya buat untuk mengubah dia. Dia salahkan cara saya melayannya menyebabkan dia jadi begitu. Saya isteri yang lembut dan turut segala cakapnya. Dia salahkan kelembutan saya yg menyebabkan dia jadi begitu. Dia salahkan saya sebab saya tak garang dgnnya.

Saya ingin keluar dari masalah ini kerana dia tak boleh diubah dan tiada hala tuju. Dia juga tak sayangkan anak-anak. Semua urusan anak-anak saya buat. Bulan Mei lalu dia telahpun mencari rumah baru dan sekali sekala balik rumah saya. Dia minta sebahagian simpanan saya, dan saya telah berikan RM30 ribu sebab saya ingat dia nak berubah.

Atas nasihat pakar saikologi, saya berpindah tempat kerja dan tinggal berdekatan dgn tempat kerja. Dia merayu supaya kembali dan berkata kalau dia buat sekali lagi barulah saya boleh tinggalkan dia. tetapi dia tak menyesali apa yang pernah dilakukannya pd saya dan anak-anak.

Saya sudahpun memfailkan fasah kerana memikirkan hak saya sebagai seorang wanita dalam islam.

Apa pendapat para pembaca? Adakah betul tindakan saya ini?


Jawapan :


Assalamualaikum,


1. Saya amat bersimpati dengan puan & anak-anak. Itulah dugaan Ilahi yg pelbagai jenis ke atas hamba2Nya. Puan diduga dgn mengahwini seorang lelaki yg alpa dan lupa akan tanggungjawabnya ke atas puan & anak-anak disebabkan pandangannya telah `kelabu’ dek kemewahan & hiasan duniawi yg sementara.

2. Sikap puan yg penuh dgn sifat kelembutan & keibuan tidak begitu dihargai, malah ianya dianggap sebagai satu peluang bg suami utk mengambil kesempatan terhadap diri puan. Puan hendaklah sematkan dalam diri, sifat pemaaf, lemah lembut bukanlah satu sifat yg lemah. Tetapi itulah kekuatan & keunikan diri puan, dan suatu anugerah drp Allah swt. Yang penting, kekuatan dalaman & ikatan yang kuat dgn Allah swt, sentiasa mengharap & percaya kpd janji-janji Allah swt... bahawa Allah swt akan membantu hamba2Nya yg teraniaya.

3. Saya bukanlah seorang pakar saikologi tetapi saya cuba utk mendalami, memahami, dan cuba meletakkan diri saya dalam kedudukan puan. Tindakan puan berjumpa dgn pakar saikologi adalah suatu tindakan yg bijak utk mendptkan pandangan & berkongsi masalah. Puan perlu terus melangkah dgn penuh keyakinan ... semangat ... walaupun tanpa suami di sisi ... itu bukanlah suatu yg menjadi satu penghalang utk puan meneruskan hidup.

4. Dalam umur suami puan mencecah 43 tahun, dan sikapnya yg suka berpoya2 … kejap berhenti … kejap berpoya lagi … menunjukkan bahawa suami puan mempunyai tahap keinginan yg rendah utk berubah. Dan apa yg berlaku hingga menyebabkan puan mengalami tekanan adalah suatu penderaan terhadap puan ...

Sudah berapa lama ianya berlaku?
Adakah sejak puan mendirikan rumahtangga ... atau sejak akhir2 ni....
Bagaimanakah sikapnya sebelum mendirikan rumahtangga?
Adakah suami puan mempunyai kerjaya tetap etc & pendapatan yg kukuh

Sabda Rasulullah saw : `Pesan memesanlah kamu terhadap berbuat baik kepada perempuan, kerana sesungguhnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, sekiranya engkau membiarkannya, dia akan terus bengkok’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Surah An-Nisa : 34 `Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).
Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

5. Puan mempunyai hak di sisi undang-undang utk memfailkan perceraian jika setelah pelbagai usaha dilakukan utk mempertahankan rumahtangga menemui kegagalan... jalan buntu.

Seseorang wanita berhak memohon perceraian dalam beberapa keadaan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan diperuntukkan oleh Undang-Undang Keluarga Islam iaitu :
1. Seksyen 47 : Perceraian dengan talak atau dengan perintah
2. Seksyen 49 : Perceraian khuluk atau tebus talak
3. Seksyen 50 : Perceraian secara taklik atau janji
4. Seksyen 52 : Perceraian secara fasakh

Antara alasan perceraian secara fasakh oleh isteri :
1. tempat berada suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih dari 1 tahun
2. suami telah cuai atau tidak mengadakan peruntukan nafkah selama tempoh 3 bulan
3. suami dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih
4. suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinan (nafkah batin) tanpa sebab munasabah selama tempoh 1 tahun
5. suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi demikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati pucuk
6. suami telah gila selama tempoh 2 tahun atau mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit
7. isteri dikahwinkan oleh wali mujbir sebelum mencapai umur baligh, menolak perkahwinan sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suami
8. suami menganiaya isteri :-
a) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya
b) berkawan dgn perempuan2 jahat atau hidup berperangai keji mengikut Hukum Syarak
c) cuba memaksa isteri hidup secara lucah
d) melupuskan harta isteri atau melarang isteri dari menggunakan hak-haknya di sisi undang2 terhadap harta itu
e) menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya
f) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayan isteri berkenaan secara adil mengikut kehendak2 Hukum Syarak
9. isteri masih belum disetubuhi walaupun 4 bulan berlalu kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya
10. isteri tidak izin akan perkahwinan atau izinnya tidak sah, sama ada sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yg diakui oleh Hukum Syarak
11. isteri seorang sakit otak walaupun isteri berkebolehan memberi izin yang sah dan sakit otaknya adalah suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin
12. apa-apa alasan lain yg diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah Hukum Syarak

6. Akhir sekali, moga maklumat yg diberi dpt membantu puan. Saya mendoakan kejayaan & kebahagiaan puan & anak2. Juga, sama2lah kita doakan agar suami puan kembali ke jalan yg benar dan insaf/taubat dgn sebenar2nya dgn harapan agar dia menjadi ayah yg lebih bertanggungjawab terhadap anak2.


suriaterang

Tazkirah buat Pemuda Pemudi

Tazkeerah buat Pemuda/i


1. Hendaklah sentiasa mengingat Allah swt dan takut kepadaNya diwaktu keseorangan dan di tengah masyarakat

Sabda Rasulullah saw : `Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum terhadap pemuda yang tidak didapati pada dirinya keruntuhan moral dan akhlak’ (HR Ahmad dan Abu Ya’la)

2. Beriltizam dalam mentaati Allah dan beribadat kepadaNya dengan penuh tulus ikhlas

Sabda Rasulullah saw : `7 jenis manusia yang mendapat lindungan Arasy daripada Allah swt di Mahsyar kelak, yang mana hari itu tidak ada sebarang lindungan selain dari yang tersebut. Di antara golongan yang mendapat lindungan tersebut iaitu pemuda yang sepanjang umurnya sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah swt’ (HR As-Syaikhan)

3. Merebut peluang di masa remaja untuk melatih keperibadian di sudut kerohanian dan jasmani serta akhlak dan moral

Sabda Rasulullah saw : `Rebutlah peluang (keemasan) 5 perkara sebelum menempuh 5 perkara. Hidup sebelum kamu mati, sihat sebelum kamu sakit, masa lapang kamu sebelum datang kesibukan, masa mudamu sebelum tua dan diwaktu kaya sebelum papa’ (HR Al-Hakim)

4. Ingat bahawa setiap pekerjaan akan dihisab di hadapan Allah swt di hadi akhirat kelak

Sabda Rasulullah saw : `Tidak terlepas setiap jejak langkah seseorang hamba di hari akhirat kecuali setelah ianya diperiksa tentang 4 perkara : di masa hayatnya dikandung badan, sebelum tibanya ajal, umur mudanya ke mana dihabiskan, harta yang diperolehi ke mana dibelanjakan, dan ilmu yang dipelajari sejauh mana yang telah diamalkan’ (HR Tirmizi)

5. Menjaga sebarang penyelewengan moral dan kerohanian dengan mendirikan rumahtangga

Sabda Rasulullah saw : `Wahai golongan pemuda-pemuda siapa di antara kamu berkemampuan maka dirikanlah rumahtangga kerana yang demikian itu terpeliharalah pandangan dan hawa nafsu’ (HR dari Al-Jemaah)


suriaterang

umur muda makin tersisa
umur tua mula menjengah
bisik umur - apakah amalan yang nak dibawa mengadap Allah swt
bisik hati - ........

Individu Muslim vs Masyarakat Muslim

Individu Muslim vs Masyarakat Muslim

1. Islam mengambil berat tentang masyarakat sepertimana ia mengambil berat tentang individu. Di antara masyarakat dan individu ada kesan timbal balik. Justeru, masyarakat adalah kumpulan individu yang dihubung dengan ikatan tertentu. Apabila individu itu baik lazimnya baiklah masyarakat itu. Individu diumpamakan sebagai batu bata bagi sesebuah bangunan. Tidak akan elok sesebuah bangunan apabila batu batanya lemah.

Perbincangan : Apakah ciri-ciri individu muslim yang dikehendaki?

2. Individu pula tidak akan baik dalam sesebuah masyarakat yang tidak membantu pertumbuhannya secara sempurna. Individu akan baik apabila ada penyesuaian yang betul dan tingkahlaku yang lurus. Masyarakat adalah tapak yang subur tempat pertumbuhan benih individu, di mana ia subur dan berkembang dalam persekitarannya, mengambil manfaat dengan langit, udara dan mataharinya. Contoh penghijrahan Rasulullah ke Madinah adalah merupakan usaha ke arah membangunkan masyarakat yang merdeka, yang menghayati aqidah Islam, nilai-nilai, syiar dan syariatnya.

Perbincangan :
a) Apakah kesan terhadap Individu muslim yang hidup dalam masyarakat Jahiliyyah?
b) Bagaimanakah mengenal pasti sama ada individu muslim tersebut hidup dalam masyarakat yang baik atau sebaliknya?
c) Apakah ciri-ciri masyarakat yang baik mengikut pandangan anda?


3. Tidak tergambar menurut pandangan Islam manusia itu hidup keseorangan. Justeru ia digambarkan hidup dalam sebuah masyarakat. Oleh sebab itu, arahan-arahan pertanggungjawaban (al-takalif) ke atas manusia dibuat dalam sighah al-jamaah : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ )
Tidak pernah ada dalam al-Quran sighah : (ya ayyuhal mukmin). Ini menunjukkan betapa Islam memerlukan kerjasama, bantu membantu di kalangan penganut-penganutnya sama ada berkaitan dengan hal ehwal ibadat dan juga muamalat.

4. Islam telah mengajar Muslim ketika bermunajat kepada Tuhannya di dalam solat dengan bahasa kumpulan : (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ) meskipun dia solat bersendirian.

5. Masyarakat muslim merupakan sebuah masyarakat yang unik, di mana ia berbeza dengan masyarakat yang lain dari segi rupa bentuk dan ciri-cirinya. Ia adalah masyarakat rabbani, insani, akhlaqi, mutawazin (bertuhan, berperikemanusiaan, berakhlak dan seimbang)

Perbincangan : Apakah yang dimaksudkan dengan rabbani, insani, akhlaqi dan mutawazin?

6. Kaum muslimin dituntut untuk menegakkan masyarakat ini sehingga dapat dikuatkuasakan di dalam agamanya, dihayati di dalam watak peribadi mereka, malah dihidupkan di bawah bayangannya kehidupan Islam yang cukup sempurna. Hidup di arah dengan aqidah Islam, dibersihkan jiwanya dengan ibadat-ibadat Islam, dipimpin oleh kefahaman Islam, digerakkan oleh emosi dan perasaan Islam, didisiplin oleh akhlak Islam, diperindahkan oleh adab-adab Islam. Malah dirinya dikuasai sepenuhnya oleh nilai-nilai Islam.

Perbincangan :
a) Di manakah anda berada sekarang?
b) Bagaimanakah keadaan masyarakat yang berada di sekeliling anda?




suriaterang

tegakkan Islam dalam diri kamu
nescaya tertegaklah Islam dalam negara kamu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails