Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Monday, December 3, 2007

FAQ : Suami suka berpoya

Soalan :

Suami saya (umurnya 43 tahun) suka berpoya dengan perempuan. dia cuma berhenti pada tahun 2003 - 2005 sahaja. Tahun 2003 kami pergi haji. Tahun 2006 ni dia mula balik. Bukan setakat belanja makan termasuklah yg berat sekali.

Pelbagai cara saya buat untuk mengubah dia. Dia salahkan cara saya melayannya menyebabkan dia jadi begitu. Saya isteri yang lembut dan turut segala cakapnya. Dia salahkan kelembutan saya yg menyebabkan dia jadi begitu. Dia salahkan saya sebab saya tak garang dgnnya.

Saya ingin keluar dari masalah ini kerana dia tak boleh diubah dan tiada hala tuju. Dia juga tak sayangkan anak-anak. Semua urusan anak-anak saya buat. Bulan Mei lalu dia telahpun mencari rumah baru dan sekali sekala balik rumah saya. Dia minta sebahagian simpanan saya, dan saya telah berikan RM30 ribu sebab saya ingat dia nak berubah.

Atas nasihat pakar saikologi, saya berpindah tempat kerja dan tinggal berdekatan dgn tempat kerja. Dia merayu supaya kembali dan berkata kalau dia buat sekali lagi barulah saya boleh tinggalkan dia. tetapi dia tak menyesali apa yang pernah dilakukannya pd saya dan anak-anak.

Saya sudahpun memfailkan fasah kerana memikirkan hak saya sebagai seorang wanita dalam islam.

Apa pendapat para pembaca? Adakah betul tindakan saya ini?


Jawapan :


Assalamualaikum,


1. Saya amat bersimpati dengan puan & anak-anak. Itulah dugaan Ilahi yg pelbagai jenis ke atas hamba2Nya. Puan diduga dgn mengahwini seorang lelaki yg alpa dan lupa akan tanggungjawabnya ke atas puan & anak-anak disebabkan pandangannya telah `kelabu’ dek kemewahan & hiasan duniawi yg sementara.

2. Sikap puan yg penuh dgn sifat kelembutan & keibuan tidak begitu dihargai, malah ianya dianggap sebagai satu peluang bg suami utk mengambil kesempatan terhadap diri puan. Puan hendaklah sematkan dalam diri, sifat pemaaf, lemah lembut bukanlah satu sifat yg lemah. Tetapi itulah kekuatan & keunikan diri puan, dan suatu anugerah drp Allah swt. Yang penting, kekuatan dalaman & ikatan yang kuat dgn Allah swt, sentiasa mengharap & percaya kpd janji-janji Allah swt... bahawa Allah swt akan membantu hamba2Nya yg teraniaya.

3. Saya bukanlah seorang pakar saikologi tetapi saya cuba utk mendalami, memahami, dan cuba meletakkan diri saya dalam kedudukan puan. Tindakan puan berjumpa dgn pakar saikologi adalah suatu tindakan yg bijak utk mendptkan pandangan & berkongsi masalah. Puan perlu terus melangkah dgn penuh keyakinan ... semangat ... walaupun tanpa suami di sisi ... itu bukanlah suatu yg menjadi satu penghalang utk puan meneruskan hidup.

4. Dalam umur suami puan mencecah 43 tahun, dan sikapnya yg suka berpoya2 … kejap berhenti … kejap berpoya lagi … menunjukkan bahawa suami puan mempunyai tahap keinginan yg rendah utk berubah. Dan apa yg berlaku hingga menyebabkan puan mengalami tekanan adalah suatu penderaan terhadap puan ...

Sudah berapa lama ianya berlaku?
Adakah sejak puan mendirikan rumahtangga ... atau sejak akhir2 ni....
Bagaimanakah sikapnya sebelum mendirikan rumahtangga?
Adakah suami puan mempunyai kerjaya tetap etc & pendapatan yg kukuh

Sabda Rasulullah saw : `Pesan memesanlah kamu terhadap berbuat baik kepada perempuan, kerana sesungguhnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, sekiranya engkau membiarkannya, dia akan terus bengkok’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Surah An-Nisa : 34 `Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).
Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

5. Puan mempunyai hak di sisi undang-undang utk memfailkan perceraian jika setelah pelbagai usaha dilakukan utk mempertahankan rumahtangga menemui kegagalan... jalan buntu.

Seseorang wanita berhak memohon perceraian dalam beberapa keadaan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan diperuntukkan oleh Undang-Undang Keluarga Islam iaitu :
1. Seksyen 47 : Perceraian dengan talak atau dengan perintah
2. Seksyen 49 : Perceraian khuluk atau tebus talak
3. Seksyen 50 : Perceraian secara taklik atau janji
4. Seksyen 52 : Perceraian secara fasakh

Antara alasan perceraian secara fasakh oleh isteri :
1. tempat berada suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih dari 1 tahun
2. suami telah cuai atau tidak mengadakan peruntukan nafkah selama tempoh 3 bulan
3. suami dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih
4. suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinan (nafkah batin) tanpa sebab munasabah selama tempoh 1 tahun
5. suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi demikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati pucuk
6. suami telah gila selama tempoh 2 tahun atau mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit
7. isteri dikahwinkan oleh wali mujbir sebelum mencapai umur baligh, menolak perkahwinan sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suami
8. suami menganiaya isteri :-
a) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya
b) berkawan dgn perempuan2 jahat atau hidup berperangai keji mengikut Hukum Syarak
c) cuba memaksa isteri hidup secara lucah
d) melupuskan harta isteri atau melarang isteri dari menggunakan hak-haknya di sisi undang2 terhadap harta itu
e) menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya
f) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayan isteri berkenaan secara adil mengikut kehendak2 Hukum Syarak
9. isteri masih belum disetubuhi walaupun 4 bulan berlalu kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya
10. isteri tidak izin akan perkahwinan atau izinnya tidak sah, sama ada sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yg diakui oleh Hukum Syarak
11. isteri seorang sakit otak walaupun isteri berkebolehan memberi izin yang sah dan sakit otaknya adalah suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin
12. apa-apa alasan lain yg diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah Hukum Syarak

6. Akhir sekali, moga maklumat yg diberi dpt membantu puan. Saya mendoakan kejayaan & kebahagiaan puan & anak2. Juga, sama2lah kita doakan agar suami puan kembali ke jalan yg benar dan insaf/taubat dgn sebenar2nya dgn harapan agar dia menjadi ayah yg lebih bertanggungjawab terhadap anak2.


suriaterang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails