Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Monday, December 3, 2007

Tazkirah buat Pemuda Pemudi

Tazkeerah buat Pemuda/i


1. Hendaklah sentiasa mengingat Allah swt dan takut kepadaNya diwaktu keseorangan dan di tengah masyarakat

Sabda Rasulullah saw : `Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum terhadap pemuda yang tidak didapati pada dirinya keruntuhan moral dan akhlak’ (HR Ahmad dan Abu Ya’la)

2. Beriltizam dalam mentaati Allah dan beribadat kepadaNya dengan penuh tulus ikhlas

Sabda Rasulullah saw : `7 jenis manusia yang mendapat lindungan Arasy daripada Allah swt di Mahsyar kelak, yang mana hari itu tidak ada sebarang lindungan selain dari yang tersebut. Di antara golongan yang mendapat lindungan tersebut iaitu pemuda yang sepanjang umurnya sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah swt’ (HR As-Syaikhan)

3. Merebut peluang di masa remaja untuk melatih keperibadian di sudut kerohanian dan jasmani serta akhlak dan moral

Sabda Rasulullah saw : `Rebutlah peluang (keemasan) 5 perkara sebelum menempuh 5 perkara. Hidup sebelum kamu mati, sihat sebelum kamu sakit, masa lapang kamu sebelum datang kesibukan, masa mudamu sebelum tua dan diwaktu kaya sebelum papa’ (HR Al-Hakim)

4. Ingat bahawa setiap pekerjaan akan dihisab di hadapan Allah swt di hadi akhirat kelak

Sabda Rasulullah saw : `Tidak terlepas setiap jejak langkah seseorang hamba di hari akhirat kecuali setelah ianya diperiksa tentang 4 perkara : di masa hayatnya dikandung badan, sebelum tibanya ajal, umur mudanya ke mana dihabiskan, harta yang diperolehi ke mana dibelanjakan, dan ilmu yang dipelajari sejauh mana yang telah diamalkan’ (HR Tirmizi)

5. Menjaga sebarang penyelewengan moral dan kerohanian dengan mendirikan rumahtangga

Sabda Rasulullah saw : `Wahai golongan pemuda-pemuda siapa di antara kamu berkemampuan maka dirikanlah rumahtangga kerana yang demikian itu terpeliharalah pandangan dan hawa nafsu’ (HR dari Al-Jemaah)


suriaterang

umur muda makin tersisa
umur tua mula menjengah
bisik umur - apakah amalan yang nak dibawa mengadap Allah swt
bisik hati - ........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails