Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Monday, November 19, 2007

Islamnya Pembunuh Hamzah bin Abdul Muttalib

Islamnya Pembunuh Hamzah bin Abdul Muttalib

- dipetik daripada buku cerita2 motivasi jiwa – Dr Shukri Ahmad & Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah

Tabarani meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, Rasulullah pernah menghantar seorang utusan kepada Wahsyi bin Harb bagi mengajaknya memeluk Islam. Wahsyi adalah bekas hamba kepada Hindun, isteri Abu Sufyan. Wahsyi inilah yang membaling tombak kepada ayah saudara Nabi, Hamzah bin Abdul Muttalib sehingga mati pada Perang Uhud. Manakala Hindun inilah yang memakan hati Hamzah. Atas jemputan itu, Wahsyi datang menemui Nabi. Lalu Nabi mengajak memeluk Islam.

Jawab Wahsyi, `Wahai Muhammad, bagaimana pula engkau menyeru aku supaya memeluk agamamu, sedangkan engkau selalu berkata, barang siapa yang membunuh, syirik, berzina, maka dia layak dimasukkan ke neraka, digandakan kepadanya azab sengsara di akhirat, bahkan dia kekal dalam neraka. Sedangkan semua itu aku lakukan. Apakah ada kekecualian bagi diriku?’

Kemudian turunlah ayat 70 dalam surah al-Furqan yang bermaksud : `Melainkan orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka Allah tukarkan kekejian mereka dengan kebajikan dan Allah itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’

Wahsyi berkata pula, `Wahai Muhammad, syarat itu sangat ketat bagi orang seperti aku, yakni syarat `melainkan orang yang bertaubat dan beramal soleh’. Rasa-rasanya aku tidak mampu melakukan semua itu’

Maka turun ayat 48 dalam surah an-Nisa yang bermaksud : `Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan orang yang melakukan dosa syirik dan Dia mengampunkan selain daripada itu, bagi sesiapa yang dikehendakinya’

Kemudian Wahsyi berkata, `Wahai Muhammad, aku rasa syarat ini pun aku tidak mampu, sebabnya aku pun tidak pasti sama ada Allah mengampunkan aku. Tidak adakah ayat yang lain?’

Maka turunlah ayat 53 dalam surah Al-Zumar yang bermaksud : `Wahai hamba-Ku yang mensia-siakan diri mereka, janganlah kamu semua berputus harap dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang’

Mendengar itu, Wahsyi memeluk Islam dan beliau ialah pejuang yang hebat sehingga terbunuh di medan perang.

Kisah Wahsyi adalah puluhan cerita kemaafan dan sifat baik Rasulullah saw. Dia pernah menjadi musuh paling ketat baginda. Bahkan Rasulullah saw kehilangan bapa saudara yang dikasihi angkara mereka. Namun, sifat tidak membalas dendam baginda menyebabkan musuh yang paling ganas bertukar menjadi sahabat yang paling kuat berjuang

3 cara mengawal emosi

3 cara mengawal emosi

Seorang ulama tasawuf, Yahya bin Mu’az al-Razi telah memberi panduan berkenaan cara mengawal emosi.

Beliau berkata hendaklah kita menjaga 3 perkara yang menjadi habuan orang mukmin iaitu :

1. Apabila kita tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jangan pula menyusahkan dia

2. Apabila kita tidak sudi menyukakan hatinya, jangan pula kita menyebabkan dia berdukacita

3. Apabila kita tidak mahu memuji dia, jangan kita cela dia

Mengapa perlu berkahwin?

Mengapa perlu berkahwin?

1. Memelihara keturunan manusia

- perkahwinan merupakan satu jalan untuk membiakkan keturunan manusia
- factor asas dalam penerusan dan pengekalan keturunan manusia di bumi

An-Nisa : 1

4:1 "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا (4:1)

An-Nahl : 72

16:72 "Allah menjadikan bagi kamu istri-istri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari istri-istri kamu itu, anak anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah?"""
وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ (16:72)


2. Menjaga nasab (keturunan)

- melalui perkahwinan, anak-anak akan berbangga dengan nasab mereka kepada bapa-bapa mereka
- nasab mengandungi pengakuan diri mereka, kemuliaan mereka sebagai manusia dan kebahagiaan jiwa mereka
- tanpa perkahwinan, hilang kehormatan nasab dan keturunan

3. Menyelamatkan masyarakat daripada keruntuhan moral

- kecenderungan semulajadi terhadap jenis yang berlawanan dapat disalur melalui perkahwinan yang sah dan hubungan yang halal

Seruan Rasulullah saw kepada pemuda agar berkahwin melalui sabdanya :
`Wahai sekalian pemuda, siapa di antara kamu yang berkemampuan, hendaklah berkahwin, kerana perkahwinan itu akan menundukkan pandangan mata serta lebih dapat menjaga kemaluan…’

(HR Bukhari, Muslim dan lain-lain)

4. Kerjasama suami isteri dalam membentuk keluarga dan mendidik anak-anak

- terbina kerjasama antara suami isteri dalam membentuk keluarga, mendidik anak-anak dan menanggung bebanan kehidupan
- saling berganding bahu dalam melaksanakan tugas dan kerja
- wanita akan melaksanakan kerja-kerja yang bersesuaian dengan bidang tugasnya serta bertepatan dengan tabiat kewanitaannya
- lelaki akan menjalankan kerja-kerja yang sesuai dengan bidang tugasnya serta bertepatan dengan tabiat semulajadi kelelakian
- terbina rumahtangga sebuah rumahtangga yang penuh dengan nikmat, mawaddah dan rahmah dibawah naungan hak-hak yang telah ditetapkan Islam

5. Menyelamatkan masyarakat daripada berbagai penyakit

- melalui perkahwinan manusia terselamat daripada penyakit berbahaya seperti sifilis (penyakit kelamin), gonorea (penyakit kencing nanah), penyakit Aids (kurang daya tahan penyakit) dan penyakit-penyakit lain yang merbahaya hasil daripada perbuatan keji dan penzinaan
- penyakit tersebut juga akan menyebabkan kemandulan, kelemahan tubuh badan, mencacatkan nasab dan menyebarkan wabak yang merbahaya

6. Ketenangan rohani dan jiwa

- dengan perkahwinan, ikatan mawaddah dan rahmah (cinta dan kasih sayang) antara suami isteri akan bertambah
- masing-masing akan menikmati perasaan yang tenang,merasai dan menimati ketenangan jiwa, kedamaian hati dan kegembiraan pada detik-detik pertemuan yang berlaku, kelembutan serta mendapatkan kebahagiaan di bawah naungan satu sama lain
- masing-masing akan akan menyambut setiap hari yang baru selepas pertemuan itu dengan penuh semangat, penuh keazaman, kesungguhan dan kegembiraan untuk melaksanakan tugas-tugas di bidang-bidang masing-masing
- situasi ini akan memperkuatkan lagi rasa tanggungjawab, memberikan dorongan dan semangat untuk melaksanakan tugas atau kerja-kerja, seterusnya mewujudkan kebahagiaan rumahtangga, keluarga dan anak-anak

Ar-Rum : 21

30:21 Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (30:21)


7. Membangkitkan rasa keibuan dan kebapaan

- melalui perkahwinan akan terpancar rasa kasih sayang dari kedua ibu bapa terhadap anak-anak mereka
- perasaan kasih sayang akan tumbuh dan berkembang subur pada diri kedua ibu bapa itu
- perasaan-perasaan kejiwaan itu memberi pengaruh besar dan kesan yang amat baik sekali dalam pengasuhan dan pendidikan anak-anak
- segala kemaslahatan anak-anak juga akan sentiasa diberikan semangat dan dorongan untuk menjalani kehidupan utama serta menampakkan satu kecemerlangan dan kebahagiaan dalam hidup mereka

An-Nisa : 3

4:3 Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ (4:3)



Diringkaskan daripada buku `Halangan-halangan perkahwinan’ tulisan Abdullah Nasih `Ulwan

Definisi Islam - sambungan

Definisi Islam 5

Islam adalah jawapan yang betul lagi benar kepada 3 persoalan iaitu :

Dari mana kita datang?
Apakah tujuan kita datang?
Dan ke manakah kita akan kembali?

Dari mana kita datang?

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاء إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّى وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِن بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاء اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ (Al-Hajj:5)
Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

Dari mana kita datang?

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ (Al-Mukminun 23:12)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ (23:13)
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ (23:14)
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Dari mana kita datang?

As-Sajadah : 7-9
Al-Insan : 1-2
At-Tariq : 5-7

Ayat-ayat di atas dan seumpamanya menjelaskan bahawa manusia pada asalnya tiada, lalu Allah ciptakan dari tanah, kemudian Allah jadikan keturunannya daripada air yang hina.

Apakah tujuan kita datang?

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ (51:56)
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.

Ibadah mengandungi makna mengenal Allah (makrifatullah), kecintaan dan ketundukan kepadaNya serta mengikuti dan mematuhi semua peraturan dan sistem yang telah ditentukan oleh Allah untuk manusia agar manusia mencapai tahap kesempurnaan dan darjat yang ditetapkan, mencapai kebahagiaan yang sebenar dalam hidup dunia dan akhirat

Dan kemanakah kita akan kembali?

يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ (Al-Insyiqaq:6)
Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (Ar-Rum:11)
"Allah menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan) nya kembali; kemudian kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

Az-Zumar : 7 `Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang telah kamu kerjakan’
An-Najm : 42 `Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara)’
Al-Alaq : 8 `(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan)

Menjelaskan bahawa tempat kembali manusia selepas matinya kepada PenciptaNya untuk diberikan pembalasan berdasarkan amalan di dunia


Definisi Islam 6

Islam adalah ruh yang sebenar kepada manusia, cahaya petunjuk dalam menjalani kehidupan, penawar yang mujarab bagi segala jenis penyakit masyarakat dan jalan yang lurus. Tidak akan sesat sesiapa yang berjalan di atasnya.

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَنْ نَّشَاء مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ (As-Shura 42:52)
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.

صِرَاطِ اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ أَلَا إِلَى اللَّهِ تَصِيرُ الأمُورُ (42:53)
(Yaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahwa kepada Allah-lah kembali semua urusan.


Al-Isra’ : 82 – ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
Al-Fussilat : 44 – (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman
Ar-Rum : 30 – agama yang jauh dari kesesatan, agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya, agama yang lurus

Boleh didefinisikan sebagai agama tauhid atau agama ilmu pengetahuan atau agama keadilan


Kesimpulan


1. Kepelbagaian definisi kepada Islam merupakan contoh dan bukan bermakna terbatas setakat itu sahaja

2. Boleh ditambah dengan definisi-definisi lain dengan syarat mengandungi makna yang betul dan bertepatan dengan pengertian Islam, kalimah yang digunakan adalah terang, jelas, betul dan tidak timbul keraguan, kesamaran dan kekeliruan

3. Definisi-definisi yang dikemukakan di atas adalah sahih, tidak wujud percanggahan dan perbezaan. Perbezaan hanya dari segi istilah yang digunakan dan bukannya pada maksud. Jadi tidak memberi kesan kepada elemen yang terkandung dalam pengertian Islam

4. Tujuan pelbagai definisi agar pendakwah dapat memilih definisi yang sesuai dengan keadaan sasaran dakwahnya yang terdiri dari pelbagai lapisan dan keadaan sama ada dari segi tahap kefahaman, gaya hidup dan pengetahuan, kesejahteraan fitrah, masalah dan kekeliruan yang wujud dalam hati, konsep dan pengertian masyarakat untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam


suriaterang - indahnya Islam, mudahnya Islam

Bahaya Mengumpat

Bahaya Mengumpat


Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

Rasulullah saw bersabda : `Tahukah kamu apakah mengumpat itu?’
Mereka berkata : ‘Allah dan Rasulnya lebih mengetahui’
Rasulullah saw bersabda : `(Mengumpat itu) engkau menyebut sesuatu tentang saudaramu yang dibencinya’
Dikatakan pula kepada Rasulullah saw : `Apa pandanganmu jika apa yang saya katakan itu memang terdapat padanya’
Rasulullah saw bersabda : `Kalau apa yang kau katakan itu memang terdapat pada dirinya bererti engkau telah mengumpatnya, sekiranya apa yang engkau perkatakan tentangnya itu memang tidak terdapat pada dirinya bererti engkau telah melakukan `buhtan’ yakni engkau sengaja membuat tuduhan yang tidak benar dan pembohong’

Rasululllah saw bersabda :

• `Siapa yang menyebutkan sesuatu yang tidak ada pada seseorang, dengan tujuan untuk mengaibkannya Allah akan mengurungnya dalam neraka sehinggalah beliau dapat membuktikan apa yang dikatakannya itu’

• `Siapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya dari umpatan bertanggungjawablah Allah melepaskannya dari neraka’

• `Kifarat mengumpat ialah (dengan) engkau meminta ampun terhadap orang yang engkau umpat’

• `Setiap muslim adalah haram bagi muslim yang lain, hartanya, darahnya dan kehormatannya’


Suriaterang -

Ya Allah, peliharalah lidah kami dari perkataan-perkataan yang membawa kami ke neraka

Ameen Ya Rabbal `Alameen.

SABAR

SABAR


Antara firman Allah swt berkenaan sabar :


1) Al-Baqarah : 45 - Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu
2:45 Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,
وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ (2:45)


2) Thaha : 130 – Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan
20:130 Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.
فَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاء اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَى (20:130)


3) Al-Haj : 34-35 – Dan berikanlah khabar gembira kepada orag-orang yang tunduk patuh (kepada Allah) (iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka
22:34 Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ (22:34)

22:35 (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.
الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَى مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (22:35)


4) Al-Imran : 200 – Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, mudah-mudahan kamu berjaya
3:200 Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (3:200)


5) Al-Baqarah : 153 – Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar
2:153 Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (2:153)


6) Al-Baqarah : 155 – Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar
2:155 Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (2:155)

7) Az-Zumar : 10 – Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas
39:10 "Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu"". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."
قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ (39:10)


8) Al-Qashash : 54 – Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka
28:54 Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan.
أُوْلَئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَؤُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (28:54)


9) As-Sajdah : 24 – Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar
32:24 Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ (32:24)


Antara sabda Rasulullah saw berkenaan sabar :


1. Sabar itu tempat pergantungan muslim

2. Allah tidak memberi rezeki kepada hamba-Nya lebih baik dan lebih luas dari (sifat) sabar – riwayat al-Hakim

3. Sesiapa yang cuba bersabar Allah akan memberinya kesabaran. Allah tidak memberikan kepada seseorang satu pemberian yang lebih baik dan lebih luas dari (sifat) sabar – riwayat Bukhari dan Muslim

4. Orang yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar (menghadapi perbuatan mereka) yang menyakitkan lebih baik dari orang yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak sabar (menghadapi perbuatan mereka) yang menyakitkan

5. Sabar itu sebahagian dari iman

6. Diriwayatkan dari Ibnil-Musaiyib r.a., beliau mengatakan : Sedang Rasulullah saw sedang duduk bersama para sahabatnya, seorang lelaki telah memperkatakan sesuatu ke atas Abu Bakar r.a. (Perkataannya itu) telah menyakiti Abu Bakar (tetapi) Abu Bakar terus berdiam diri darinya. Kemudian beliau menyakiti Abu Bakar buat kali ketiganya (tetapi) Abu Bakar terus menang. Baginda Rasulullah saw pun bangun, lantas Abu Bakar berkata : Apakah kau mendapati sesuatu kesalahan padaku wahai Rasulullah? Rasulullah saw bersabda : Malaikat telah turun dari langit mendustakan apa yang diperkatakannya (lelaki berkenaan) terhadapmu. Apabila engkau telah menang malaikat itupun pergi, lantas syaitan pun duduk (pula). Aku tidak sekali-kali akan duduk bersama-sama syaitan – riwayat Abu Daud

7. Tidak ada tegukan yang lebih besar bagi Allah dari tegukan kemarahan yang dipendamkan oleh seorang hamba semata-mata mengharapkan keredhaan Allah


Suriaterang –

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sabar dengan segala ujianMu, baik ujian kesusahan mahupun ujian kesenangan, baik di waktu miskin mahupun di waktu kaya

Ampunilah dosa-dosaku jika sewaktu menghadapi ujianMu, aku alpa akan segala ni’matMu, dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan pemberianMu

Ameen Ya Rabbal `Alameen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails