Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Thursday, September 25, 2008

Isteri fail kes mahkamah tuntut nafkah daripada suami


Isteri fail kes mahkamah tuntut nafkah daripada suami


Dalam kebanyakan kes apabila isteri ditinggalkan oleh suami tanpa nafkah, maka langkah yang diambil ialah memfailkan cerai taklik atau fasakh sebagai jalan penyelesaian.

Di dalam kes di bawah ini, si isteri memilih jalan untuk memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah daripada suami dengan mengekalkan atau mempertahankan perkahwinan dan rumahtangga yang telah dibina.

Puan Fairus menyatakan bahawa beliau tidak menerima nafkah sejak berkahwin pada tahun 2004 dan seterusnya ditinggalkan suami sejak Ogos 2007.

Ini adalah antara langkah terbaik yang diambil oleh si isteri dengan mengambilkira bahawa suami mempunyai pendapatan tinggi dan mampu untuk menjelaskan nafkah isteri dan anak-anak walaupun terdapat risiko diceraikan oleh suami.


Syariah Paksi Keadilan



Kes Mahkamah :-


Isteri pengusaha restoran tuntut nafkah RM5,000 sebulan



SEREMBAN 24 Sept. - Seorang suri rumah, Fairus Mohd. Yunus , 44, membuat tuntutan nafkah sebanyak RM5,000 sebulan di Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap suaminya, Mohd. Yusoof A. Razak, 60, yang merupakan pengusaha restoran terkenal di ibu negara.

Menurut peguam mewakili Fairus, anak guamnya berhak membuat tuntutan tersebut kerana dia masih merupakan isteri yang sah kepada usahawan tersebut.

''Kita serahkan kepada mahkamah untuk menentukan jumlahnya tetapi kita berpendapat RM5,000 merupakan angka yang sangat munasabah. Anak guam saya berhak berbuat demikian kerana dia masih lagi isteri kepada defendan.

''Berdasarkan kepada pernyataan tuntutan anak guam saya mendakwa yang defendan gagal memberi nafkah sejak mereka berkahwin pada tahun 2004," katanya kepada pemberita selepas sebutan kali ketiga kes tersebut di mahkamah syariah di sini, hari ini.

Berdasarkan pernyataan tuntutan itu juga, Muhammad Faiz berkata, anak guamnya turut mendakwa yang suaminya itu tidak lagi tinggal bersamanya iaitu sejak tahun lepas.

''Sejak Ogos 2007, defendan bertindak meninggalkan rumah mereka yang terletak di City Park, Seremban 2 dan sehingga kini defendan gagal untuk pulang ke rumah," katanya.

Sementara itu antara dakwaan Fairus terhadap defendan seperti mana terkandung di dalam pernyataan tuntutan yang difailkan sebelum ini ialah mengenai pendapatan defendan yang mencecah RM70,000 sebulan.

sila lawat untuk membaca berita penuh - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails