Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Friday, November 16, 2007

20 perkara yang membatalkan syahadah




20 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
(AS-SYEIKH SA’ID HAWWA)


1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah swt
2. Mengengkari nikmat Allah sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus
3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah
4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah
5. Mentaati selain Allah tanpa keredhaan-Nya
6. Menjalankan hukum selain daripada hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masalah
7. Benci kepada salah satu dari ajaran al-Quran atau sunnah
8. Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya
9. Menghina salah satu dari ajaran al-Quran atau Sunnah, mempersendakan orang alim atau orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalal-NYa
11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu al-Quran dan Sunnah
12. Mengangkat orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang Islam dan orang mukmin
13. Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah s.a.w.
14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik
15. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya
16. Tidak mengetahui makrifat Allah dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengengkari sifat-sifat ketuhanan-Nya atau mengengkari nama-nama-Nya
17. Tidak mengetahui Rasulullah secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut atau tidak meyakini bahawa Rasulullah adalah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia
18. Mengkafir orang yang mengucapkan 2 kalimah syahadah, tidak mahu mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka
19. Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah, seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud atau rukuk bukan kepada Allah, atau tawaf di sekeliling lain dari Kaabah dengan niat mendekatkan diri kepada Allah
20. Berperasaan riya’

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails