Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Saturday, December 1, 2007

Khutbah Abu Bakar As-Siddiq

Khutbah Abu Bakar As-Siddiq


Abu al-Qasim al-Tabarani meriwayatkan daripada Nu`aim bin Namhah, katanya : `Abu Bakar al-Siddiq r.a. ada menyatakan di dalam khutbah beliau :

`(Insaflah) hari demi hari berlalu kamu semua semakin dekat dengan ajal yang pasti. Sesiapa yang mampu biarlah umurnya dihabiskan untuk melaksanakan perintah Allah. Namun kalian tidak dapat berbuat demikian melainkan dengan izin Allah.

Malangnya ada juga segelintir kamu yang menghabiskan umur bukan untuk Allah tetapi (untuk melakukan kerja sia-sia) yang lain daripada Allah. Sebab itu Allah melarang kamu menurut jejak mereka. Allah berfirman (maksudnya) : `Jangan Kami jadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah jadikan mereka lupa diri mereka sendiri’. Tahukah kamu di mana sahabat-sahabat kamu yang telah (kembali ke rahmatullah). Mereka semua sedang berhadapan dengan hari perhitungan terhadap segala amalan yang telah mereka lakukan. Ada yang bahagia serta ada pula yang malang dan celaka. Ke mana perginya manusia perkasa pembina bandar dan kota, pembangun benteng dan tembok pertahanan. Mereka semua telah terbujur kaku di bawah timbunan batu atau dihanyut air lalu. Tapi (bersama kita) kitab Allah. Keajaibannya tidak akan usang. Ambillah bekalan cahaya darinya untuk kegunaan hari kegelapan (kiamat). Sinarilah kehidupan kamu semua dengan sinar keterangannya’

`Sesungguhnya Allah swt telah memuji Nabi Zakaria a.s. dan ahli keluarga Baginda, menerusi firmanNya (bermaksud) : `Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut, dan mereka pula sentiasa khusyu’ (dan taat) kepada Kami’ (Al-Anbiya : 90)’

`Tidak ada gunanya perkataan yang diungkapkan bukan untuk meraih keredhaan Allah, harta yang tidak dibelanjakan fi sabilillah. Tidak berguna orang yang kejahilannya mengatasi sifat sabarnya, takut kepada celaan orang yang mencela di jalan Allah. Tidak ada kebaikan kepada orang yang takut celaan orang untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah’


Suriaterang

Berani kerana benar!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails