DIALOG ANTARA BAGINDA RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT YANG MAFHUMNYA :
Diriwayatkan dari Abu Umamah al-Bahily,
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat : `Bagaimana pandangan kalian, apabila sampai satu ketika di mana kaum-kaum ibu melampaui batas, generasi muda menjadi rosak dan sebahagian kamu kehilangan daya juang?
Para sahabat : `Apakah hal yang demikian akan berlaku ya Rasulullah?’
Rasulullah s.a.w menjawab : `Ya, demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, malah yang lebih hebat daripada itu akan terjadi’
Sahabat : `Apakah yang lebih hebat lagi dari itu ya Rasulullah?’
Rasulullah s.a.w. menjelaskan : `Bagaimana pandangan kamu jika tiada lagi orang yang mahu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah dari berbuat jahat?’
Sahabat : `Apakah peristiwa yang sedemikian bakal terjadi, ya Rasulullah?’
Rasulullah s.a.w menjawab : `Ya, demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, malahan yang lebih dahsyat dari itu akan terjadi’
Sahabat : `Apakah yang lebih hebat dari itu, ya Rasulullah?’
Rasulullah s.a.w. menjawab : `Bagaimana pandanganmu jika nanti ada orang yang memandang sesuatu kebaikan sebagai hal yang mungkar, dan melihat yang mungkar sebagai satu hal yang baik?’
Para sahabat : `Apakah keadaan sedemikian dahsyat akan berlaku, ya Rasulullah?’
Rasulullah s.a.w. menjawab : `Ya, demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam tangan-Nya, malahan yang lebih ngeri lagi akan berlaku’
Sahabat : `Apakah kejadian yang lebih ngeri itu?’
Rasulullah s.a.w. menjawab : `Bagaimana pendapat kamu, jika nanti kamu diperintahkan untuk mengerjakan yang mungkar dan dilarang dari mengerjakan sesuatu perbuatan yang baik?’
Sahabat bertanya : `Apakah peristiwa sedemikian akan terjadi?’
Rasulullah s.a.w. menjawab : `Ya, malah yang lebih dahsyat dari itu akan terjadi!’
Suriaterang
dunia dah terbalik...
dunia hampir kiamat...
apakah amalan yang akan kuhadapkan kepada Maha Pencipta?
No comments:
Post a Comment