Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Friday, November 30, 2007

Zaman `Sand-Wich', Ulama `Sand-Wich'

Zaman `Sand-wich’, Ulama `Sand-Wich’







Di dalam buku `Fatwa – Antara Ketelitian & Kecerobohan’ ada dinukilkan `Kewajipan Seorang Muslim – Menuntut Ilmu’ terdiri daripada 3 iaitu :



1. Membaca kitab-kitab rujukan Islam yang muktamad

- setiap individu muslim yang berpendidikan dan pandai membaca diwajibkan untuk membaca buku-buku dan menambah wawasannya tentang Islam sesuai dengan kadar kemampuannya

- seeloknya rujuk dan minta pendapat ulama-ulama yang baik tentang buku-buku yang muktamad untuk dibaca, kerana bukan semua buku/kitab sesuai dengan peringkatnya dan sesuai baginya

- salah satu penyakit yang ada pada masa kini, tidak banyak orang yang membaca kitab-kitab yang bermanfaat dan tidak sabar membaca kitab-kitab rujukan asli dan muktamad, sehingga ada beberapa sasterawan yang menamakan zaman ini adalah zaman `sand-wich’, di mana orang-orang yang sudah tidak tahan lagi untuk duduk di keliling meja makan sambil menyantap jamuan dengan saksama dan perlahan, tetapi yang mereka kehendaki makan dengan segera atau berlari untuk mengejar yang lain



2. Hadir ke majlis-majlis ilmu

- memperdalam ilmu pengetahuan Agama Islam dengan cara menghadiri dan mengikuti majlis-majlis ilmu yang diselenggarakan oleh para ulama

- pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya : `Wahai anakanda, hadirlah selalu ke majlis-majlis ilmu, lazimkanlah dirimu untuk duduk bersama mereka (mendengar pengajaran), kerana sesungguhnya hati sanubari itu akan hidup dan sihat dengan (siraman) ilmu pengetahuan, seperti suburnya tanah yang disirami air hujan’

- ilmu yang menyuburkan dan menghidupkan hati adalah ilmu yang bermanfaat; yang mengingatkan diri akan kebesaran Allah swt dan hari Akhirat

- majlis ilmu sebahagian dari taman-taman syurga, sabda Rasulullah saw : `Jika kalian melalui taman-taman syurga, maka berhenti dan duduklah di situ!’ para sahabat bertanya : `Apakah taman-taman syurga itu ya Rasulullah?’ Jawab Baginda saw : `Majlis-majlis ilmu dan zikir’ (HR Tirmidhi)

- zikir yang dimaksudkan di sini dan difahami oleh para sahabat Rasulullah saw ialah menyebut dan mengingati serta mempelajari ajaran-ajaran Agama dengan mengkaji kitab Allah, Tafsir, Hadith-hadith untuk mengenal mana yang halal dan mana yang haram; mana yang hak dan mana yang batil dan seumpamanya



3. Bertanya



- bila seorang Muslim ada kemusykilan, maka bertanyalah kepada orang yang ahli di bidang tersebut

- An-Nahl : 24 : `Tanyalah olehmu akan ahli zikir (orang yang arif), jika kamu tidak mengetahui (tentang sesuatu perkara)’

- Pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad saw, ada salah seorang sahabat r.a. yang menderita luka-luka berat, walhal saat itu ia dalam keadaan junub yang mesti bersuci dengan cara mandi junub. Masalahnya bagaimanakan ia boleh bersuci dari hadas besar tadi? Salah seorang di antara mereka ada yang berpendapat : Walaubagaimanapun ia mesti mandi dan menyiram seluruh luka-lukanya itu dengan air, sebagaimana seorang yang sihat mengangkat hadas besar. Orang yang luka-luka itupun mengikut pendapat tadi dan menyiram seluruh tubuhnya dengan air. Hasilnya, setelah beberapa saat orang tersebutpun meninggal dunia. Kemudian sampailah berita tersebut kepada Baginda saw dan katanya kepada orang yang berpendapat seperti tadi (yakni mandi wajib dengan air) : `Celaka, mereka (dengan fatwa itu) telah membunuhnya. Mengapakah mereka tidak bertanya (kepada yang arif) jika mereka tidak mengetahui (sesuatu masalah). Ketahuilah bahawa ubat penyembuh kebodohan adalah dengan bertanya. Sesungguhnya, orang yang meninggal tadi cukup bertayammum (untuk mengangkat hadas besarnya) dan tidak perlu mandi’ (HR Abu Daud dari Jabir Ibn `Abdillah r.a.)


Suriaterang

Ya Allah, berkatilah segala ilmu yang kupelajari
Ringankanlah lidahku untuk menyampaikan apa yang kupelajari
Ampunkanlah segala dosa-dosaku jika aku sekiranya terdapat
yang tidak kuperbuat sebagaimana yang kusampaikan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails