Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Wednesday, December 5, 2007

Akhlak Muslim

Akhlak Muslim
(dipetik dari kitab `Akhlak Para Penda’wah’ oleh `Abdullah Nasih ‘Ulwan)

1. Sesungguhnya para da’i atau hamba Allah yang menyeru kepada Allah (Islam) dialah yang lebih utama dan lebih wajar dari manusia-manusia lain dalam menghiasi dirinya dengan Akhlak Islam seperti mempunyai sifat benar (siddiq), amanah, lemah lembut (hilm), pemaaf (afnu), tawadhu’, memudahkan, mulia dan pemurah. Dia juga yang lebih utama dari yang lainnya dengan menjauhkan diri daripada sifat-sifat bohong, munafiq, pemarah, sombong, megah, bakhil dan kedekut.

2. Ringkasnya :

a) menghiasi diri dengan sifat-sifat kemuliaan
b) menjauhi diri dari sifat-sifat kecelaan

3. Tujuan?

a) mengukuhkan akhlak pendakwah
b) menseimbangkan suluk (akhlak) kemasyarakatannya
c) mendidik pergaulan dakwahnya supaya benar-benar menepati ajaran Al-Quran
d) agar suluknya menurut apa yang diperintahkan oleh syariat
e) cara pergaulan berjalan di atas petunjuk Rasulullah saw

Setelah akhlaknya menepati kehendak Islam, tentulah semua manusia datang menyahut seruannya. Bahkan akan tertarik kepadanya, berpegang teguh dengannya dan jiwa-jiwa mereka menjadi lapang kerana hidayah Allah swt.

4. Kesan kepada masyarakat :

a) membawa pengaruh yang sangat besar dalam perubahan (yang dikehendaki) dan mendapat penghormatan yang sangat tinggi dalam masyarakat.
b) melaksanakan satu perombakan dan pembetulan tentang kefahaman-kefahaman yang salah dan gambaran-gambaran yang keliru.
c) mengembalikan umat ini kepada Allah swt dan mula mengembalikan anak-anaknya kepada landasan Islam.
d) mencabut akar umbi sifat putus asa dari jiwa pemuda-pemuda dan menanamkan di dalam jiwa mereka roh cita-cita dan harapan terhadap hari depan yang cemerlang.
e) menggerakkan jiwa mereka terhadap dakwah, membuka pintu hati mereka terhadap jihad kerana semata-mata meninggikan kalimatullah
f) mengenalkan kepada generasi Islam akan jalan serta contoh teladan yang boleh menyampaikan mereka kepada kemuliaan, kekuatan dan kehormatan.

5. Apakah akhlak menerima perubahan?

a) sebahagian ahli Falsafah Etika Barat, antaranya, Syubenhaour (Jerman), Sevinoza (India) dan Levypreal (Perancis) menimbulkan kekeliruan iaitu –

• dalam hati-hati mereka itu ada penyakit-penyakit yang mana mereka tidak mengharapkan bagi kemanusiaan itu petunjuk dan tidak juga mengharapkan Islah, dan mereka tidak menghendaki bagi Al-Insaniyyah itu kebaikan dan juga tidak berakhlak.
• kekeliruan ini dapat diselesaikan bahawasanya manusia itu dilahirkan mempunyai kebaikan-kebaikan atau kejahatan-kejahatan sepertimana biri-biri melahirkan anak yang jinak dan juga singa melahirkan anak yang liar.
• Sesungguhnya tidak mungkin berubah kejahatan yang terkandung dalam diri manusia, seperti mana juga tidak mungkin berubah kebaikan yang semula jadi dalam diri manusia itu.

b) Kekeliruan ahli Falsafah Etika Barat ini bertentangan dengan Syara’, bertentangan dengan akal, dan bertentangan dengan suasana.

• Bertentangan dengan Syara’

 Al-Balad : 10 `Dan Kami tunjukkan dua jalan’ iaitu jalan kebaikan dan jalan kejahatan.
 Al-Syams : 7-10 `Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kecelakaan dan ketaqwaan. Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang dapat mensucikan jiwanya itu. Dan sesungguhnya amat rugilah sesiapa yang mengotorkannya’.
 Al-Insan : 3 `Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan. Ada pula yang bersyukur dan ada pula yang kafir (ingkar)’.
 Hadis : `Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibu-bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi’.

Dua jalan maksudnya – jalan kebaikan dan jalan kejahatan.
Nas-nas ini membuktikan bahawa sesungguhnya akhlak itu menerima perubahan dan sesungguhnya tarbiyyah dan aspek bi’ah merupakan pengaruh-pengaruh yang sangat besar dalam menyeimbangi, menegak dan mengukuhkan akhlak itu.

• Bertentangan dengan Akal

 Apakah tujuan disebalik Allah swt telah menurunkan kitab-kitab, mengutus para Rasul dan memerintah du’at?
 Kenapa para pemerintah mengambil berat dalam menggubal undang-undang, mengutamakan pembinaan madrasah, kolej dan universiti?
 Kenapa Menteri Pelajaran/Pendidikan bekerja keras menentukan para tenaga pengajar dan mereka-mereka yang takhassus daripada ahli-ahli sosiologi serta para pendidik?

• Bertentangan dengan Suasana

 Alam Al-Insan –
a. Manusia itu selama mana dia hidup dalam bi’ah kerosakan dan kesesatan dan telah sampai kepadanya jenayah-jenayah dan penderitaan-penderitaan, masyarakat tentu sahaja akan merasai musibah-musibah kejahatan serta kecelakaan-kecelakaan penderitaannya.
b. Manakala ketika dengan sahabat yang soleh, pendidik yang berpengaruh atau pendakwah yang mukhlis, dia berusaha memindahkannya daripada lembah penderitaan kepada mahligai kebahagiaan.

 Alam Al-Haiwan –
a. Manusia itu dipertemukan dengan spontan (sesuai) pada tiap-tiap masanya kepada perpindahan tabiat-tabiat haiwan daripada sifat-sifat kasar (liar) kepada sifat jinak (lembut), dan daripada kesusahan dan perasaan dukacita kepada keselesaan dan perlindungan… sehingga manusia dapat menari-narikan kuda, memain-mainkan burung dan mengajar pancaindera-pancaindera.
b. Jika begitu keadaan naluri binatang-binatang buas yang tidak berakal, bagaimana pula dengan manusia. Sesungguhnya naluri-naluri kemanusiaan itu begitu mudah dijinak, dipimpin dan sebesar-besar perkara yang dapat dilentur dengan sebab penerimaannya terhadap percampuran dan keseimbangan.

 Alam Tumbuh-Tumbuhan –
a. Bahawasanya sebiji benih tatkala disemai oleh seorang petani di dalam bumi yang subur, kemudian disirami dengan air dan dibaja serta dilindunginya daripada serangga-serangga dan ulat-ulat perosak tanaman… jika petani sentiasa memeliharanya dengan melentur duri-durinya dan meluruskan ranting-ranting dan dahan-dahannya… maka jadilah biji benih tadi didatangi oleh sesiapa saja yang hendak memakannya dengan izin TuhanNya. Petani tadi memetik buah-buahannya, berlindung di bawah kerendangannya.
b. Jika biji benih tadi tidak diambil berat dan cuai, tidak dibajai, atau tidak dibajai dengan baja yang baik, tidak dilentur duri-durinya, tidak dilurus dahan dan rantingnya, maka sudah pasti dia tidak didatangi dengan makanan-makanannya, tidak mengeluarkan daun-daun, bahkan juga tidak menghasilkan buah-buahan. Bahkan pohon itu akan kuncup kering lalu ditiup angin.

6. Kata-kata Imam Al-Ghazali :

`Dan anak adalah merupakan amanah terhadap kedua ibubapanya, dan qalbunya yang suci itu adalah merupakan mutiara kejiwaan yang bermutu tinggi, jika dikembalikan (dibiasakan) kebaikan-kebaikan itu kepadanya maka terbentuklah dia di atas kebaikan-kebaikan itu dan berbahagialah dia nanti di dunia dan di akhirat. Tetapi jika dikembalikan (dibiasakan) kejahatan kepadanya lalu dicuaikan dan membiarkannya dengan sifat-sifat kebinatangan, maka menderita dan binasalah ia. Dari itu hendaklah kedua ibubapanya memeliharanya dengan mengajarnya beradab, sopan santun, mengasuh dan mendidiknya dengan kebaikan-kebaikan akhlak…’

suriaterang

akhlak Baginda Rasulullah saw al-Quran

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails