Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Wednesday, December 5, 2007

At-Taubah : 110-118

Firman Allah tersebut menurut Ka’ab, bukan bererti kami bertiga ketinggalan dari Perang Tabuk, tetapi mempunyai erti bahawa persoalan kami bertiga diundur dari orang munafik yang bersumpah kepada Rasulullah saw dan menyampaikan bermacam-macam alasan yang kemudian diterima oleh Rasulullah saw (HR Bukhari dan Muslim)

Kaum muslimin yang ikut perang Tabuk sekitar 30,000 orang.

Waktu berangkat berperang ketika buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan kelihatan bagus. Hati Ka’ab lebih condong kepadanya, dan tidak bersungguh-sungguh bersiap-siap untuk berangkat perang hingga kaum muslimin bertambah jauh dan pertempuran semakin dekat.
Apabila Ka’ab keluar dan bergaul dengan masyarakat sesudah berangkatnya Rasulullah saw hatinya resah dan beliau menganggap dirinya tidak lebih dari seorang munafik, atau lelaki yang diberi keringanan oleh Allah kerana lemah (di Madinah hanya tinggal orang yang amat lemah, i.e. tidak dapat berjalan, buta, sakit etc)

Ketika Rasulullah saw pulang, hadir lebih 80 orang yang tidak berangkat ke Tabuk menemui Rasulullah saw dan mengemukakan pelbagai alasan disertai dengan sumpah. Rasulullah saw menerima mereka, memperkenan memperbaharui baiah dan memohonkan ampun bagi mereka, sedangkan batin mereka, Baginda serahkan kepada Allah swt.

Tibalah giliran Ka’ab, maka Ka’ab berkata : `Ya Rasulullah! Demi Allah, andaikata saya duduk di hadapan orang selainmu, saya yakin dapat bebas dari kemarahannya dengan mengemukakan alasan yang boleh diterima. Sungguh, saya telah dikurniakan kepandaian berbicara. Namun, demi Allah aku benar-benar yakin, seumpama hari ini saya berkata bohong dan engkau menerimanya, pasti sebentar lagi Allah swt menggerakkan hatimu untuk marah kepada saya. Sebaliknya, jika saya berkata benar yang membuatmu marah kepadaku, maka saya dapat mengharapkan penyelesaian yang baik dari Allah. Demi Allah, aku tidak mempunyai uzur. Demi Allah, diriku sama sekali tidak merasa kuat dan lebih mudah daripada ketika aku tidak mengikutimu ke Tabuk. Sekarang ini, saya merasa cukup segalanya’

Rasulullah saw bersabda : `Orang ini telah berkata benar. Berdirilah! Tunggulah keputusan Allah terhadap dirimu’

Bentuk hukuman :
Rasulullah saw melarang kaum muslimin berbicara dengan Ka’ab bin Malik, Murarah bin Rabi’ah Al-Amiriy dan Hilal bin Umayyah (ikut perang Badar)
Selepas 40 hari, Rasulullah saw memerintahkan untuk menjauhi isteri (bukan cerai, tetapi hindari, jangan dekat-dekat padanya) – lalui kehidupan tanpa isteri

Kesan :
Murarah dan Hilal menyembunyikan diri dan diam dirumah masing-masing, sambil tiada henti menangis memohon ampun kepada Allah kerana tidak ikut berperang
Ka’ab (paling muda & kuat) tetap keluar rumah mengikuti solat jamaah, ke pasar, tetapi tiada seorangpun yang berbicara dengannya
Ka’ab menerima surat daripada petani Kristian dari Raja Ghassan yang mengajak Ka’ab ke sana. Ka’ab berfikir ini cubaan, dan terus membakar surat itu

Taubat Ka’ab, Murarah dan Hilal telah diterima Allah swt. Kaum muslimin mengucapkan selamat dan bergembira.

Ka’ab berkata : `Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah telah menyelamatkanku kerana KEJUJURAN. Dan saya nyatakan, bahawa termasuk taubatku saya tidak akan berbicara selain yang benar, selama hidup saya’

Demi Allah, saya tidak pernah melihat seorangpun di antara kaum muslimin yang diuji Allah swt untuk berkata jujur, lebih baik dari saya semenjak berjanji kepada Rasulullah, sampai hari ini. Demi Allah, sejak aku berjanji kepada Rasulullah sehingga kini, aku tidak pernah sengaja berbohong. Dan saya berharap semoga Allah menjagaku dalam sisa hidupku.


suriaterang

Berlaku jujur dalam beribadat kepada Allah swt
Berlaku jujurlah walaupun terhadap diri sendiri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails