Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Thursday, March 11, 2010

SAYA SETUJU NIKAH DENGAN ABANG TAPI DENGAN SYARAT...



`Saya setuju nikah dengan abang tetapi dengan syarat abang berikan saya hantaran RM15,000, 10 ekar tanah kebun, seutas rantai tangan emas, sebentuk cincin dan mas kahwin RM1,000' ujar Puan Z kepada Encik K tegas.

Pujukan demi pujukan oleh Encik K untuk berkahwin dengan Puan Z selama ini yang ditolak mentah-mentah akhirnya berjaya juga. Inipun disebabkan Puan Z terperangkap dengan syarat yang dinyatakan sendiri. Puan Z meletakkan syarat barang-barang hantaran dan hadiah perkahwinan yang baginya Encik K tidak akan setuju kerana terlalu tinggi dan mahal. Tetapi Puan Z silap, Encik K terus menyatakan persetujuan dan selang beberapa hari Encik K terus hadir ke rumah Puan Z menyerahkan geran-geran tanah tersebut.

Puan Z menyenaraikan segala keburukan sikapnya kepada Encik K agar Encik K berubah hati dan enggan berkahwin dengannya tetapi Encik K tetap dengan keputusannya. Anak-anak Encik K yang telah dewasa hadir ke rumah Puan Z, memarahi Puan Z dan meminta agar dipulangkan dokumen-dokumen hartanah. Encik K bangun membela maruah bakal isterinya, Puan Z.

Pelik dunia ini bila hati dah suka. Tak payah la cakap apa-apa lagi. Bagai mencurah air di daun keladi. Bila orang muda bercinta lain caranya. Bila mak bapak bercinta, hmmm...

Selepas bertunang, Encik K membawa Puan Z dengan ditemani anak Puan Z ke Pejabat Tanah. Encik K mengisi borang 14A Pindahmilik tanah dan beliau terus menandatangani borang tersebut di hadapan ADO.

Semasa masih dalam proses pindahmilik harta tersebut, maka Puan Z dan Encik K pun terus mengadakan majlis perkahwinan. Semuanya tampak berjalan lancar. Di dalam majlis tersebut, wakil Encik K membaca lot-lot tanah yang Encik K setuju menyerahkan kepada Puan Z sebagai balasan persetujuan Puan Z untuk berkahwin dengan Encik K. Terdapat juga lot-lot yang tidak dibaca atas permintaan Encik K untuk mengelak kemarahan anak-anak beliau.

Setelah bernikah, hidup mereka bahagia sekali. Selang beberapa bulan, tanah-tanah yang hendak dipindahmilikkan oleh Encik K kepada Puan Z telah dikaveatkan oleh anak-anak Encik K. Encik K membuka kaveat tersebut. Tetapi dikaveatkan sekali lagi oleh anak Encik K yang lain pula.

Encik K juga diajak oleh anak-anak beliau untuk kembali tinggal di rumah lama beliau. Lama kelamaan Puan Z ditinggalkan. Tanah-tanah tersebut tidak diserahkan kepada Puan Z. Malah wang hantaran dan mas kahwin pun masih belum dibayar oleh Encik K.

Fikir-fikirkanlah!

Syariah Paksi Keadilan

4 comments:

cemomoi said...

assalamualaikum.. byk cerita kat sini bule jadik panduan dan teladan... bagus juga dikongsikan buat pedoman

Sazira said...

salam,

terima kasih kerana mengunjungi Syariah Paksi Keadilan. Moga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat buat semua.

sazira

Sinatra_Z said...

Oh bagusnya,
Jarang ada pihak yang menceritakan mengenai undang-undang Syariah melainkan Sisters in Islam.

Buat rujukan yang baik ni.

Teruskan

Sazira said...

salam,

Terima kasih Sinatra_Z atas kunjungan dan komen saudara.

Doakan saya istiqamah dalam medan penulisan berkenaan syariah ini.

sazira

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails