Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Saturday, December 22, 2007

Riba dikutuk Allah swt

Riba adalah amalan yang dikutuk oleh Allah swt.

Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah, ayat 275 yang berbunyi :

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (2:275)


2:275 "Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."


Sabda Rasulullah saw :

`Allah melaknat (mengutuk) orang yang makan riba dan mengambil serta memberinya dan penulisannya dan saksinya' (HR oleh Imam Bukhari)

Kenapa riba diharamkan? Riba adalah satu amalan penindasan dari golongan kaya terhadap golongan miskin di dalam sesebuah masyarakat. Sistem ekonomi kapitalis adalah berasaskan konsep Laissez-faire iaitu perdagangan bebas. Melalui konsep ini, manusia diberikan kebebasan untuk mengendalikan perdagangan tanpa kawalan daripada mana-mana kuasa.

Islam menganjurkan perniagaan berasaskan SYARIAH. Ia adalah sebuah perniagaan yang berpandukan ajaran Islam dan bersih dari sebarang unsur riba, gharar, menjauhkan sebarang pertelingkahan di dalam masyarakat.

Ahli-ahli perniagaan Muslim hendaklah menyedari bahawa tujuan perniagaan bukanlah hanya untuk mendapatkan keuntungan di dunia tetapi juga untuk mendapatkan syafaat dan keampunan Allah swt di akhirat kelak.


`Kalau sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya daripada langit dan bumi' (Surah Al-`Araf : 96)

Berkat di dalam ayat di atas disebut secara beriringan dengan 2 syarat iaitu, iman dan taqwa. Tanpa iman dan taqwa sesuatu perbuatan atau kegiatan akan kehilangan berkat, walaupun pada zahirnya ia kelihatan sempurna dan indah di mata manusia.



suriaterang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails