Pages

Untaian Hikmah

Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’

Saturday, December 1, 2007

Ibadah qurban

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa ibadah Qurban itu sunnah
Nabi Ibrahim a.s. Dagingnya bolehlah dihadiahkan atau
disadaqahkan kepada rakan, jiran, faqir, miskin dan muslimin/muslimat
yang lain; ini boleh dilakukan di mana saja, termasuk Rengit dan
Gelang Patah.

Hukum Qurban ialah sunat muakkad. Rasulullah s.a.w. pernah melarang
segolongan muslim daripada melakukan solat sunat aidil-adha.
Golongan itu ialah orang yang mampu melakukan Qurban tetapi sengaja
tidak melakukannya.

Hakikat Qurban terletak pada nilai ketaqwaan dan keimanan.
Inilah yang dipamerkan Nabi Ibrahim a.s. ketika diperintah Allah
menyembelih putera kesayangannya, Ismail. Baginda hamba Allah yang
sami’na waatho'na, walaupun dijalaninya dengan rasa berat.

Hakikat bahawa bukan daging ataupun darah yang menjadi ukuran ibadah
Qurban itu ditegaskan Allah S.W.T. dalam Surah Al-Hajj, Ayat 37
seperti berikut:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan
sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang
ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".


suriaterang


Semoga segala ibadah kita diterima Allah S.W.T.

Khutbah Abu Bakar As-Siddiq

Khutbah Abu Bakar As-Siddiq


Abu al-Qasim al-Tabarani meriwayatkan daripada Nu`aim bin Namhah, katanya : `Abu Bakar al-Siddiq r.a. ada menyatakan di dalam khutbah beliau :

`(Insaflah) hari demi hari berlalu kamu semua semakin dekat dengan ajal yang pasti. Sesiapa yang mampu biarlah umurnya dihabiskan untuk melaksanakan perintah Allah. Namun kalian tidak dapat berbuat demikian melainkan dengan izin Allah.

Malangnya ada juga segelintir kamu yang menghabiskan umur bukan untuk Allah tetapi (untuk melakukan kerja sia-sia) yang lain daripada Allah. Sebab itu Allah melarang kamu menurut jejak mereka. Allah berfirman (maksudnya) : `Jangan Kami jadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah jadikan mereka lupa diri mereka sendiri’. Tahukah kamu di mana sahabat-sahabat kamu yang telah (kembali ke rahmatullah). Mereka semua sedang berhadapan dengan hari perhitungan terhadap segala amalan yang telah mereka lakukan. Ada yang bahagia serta ada pula yang malang dan celaka. Ke mana perginya manusia perkasa pembina bandar dan kota, pembangun benteng dan tembok pertahanan. Mereka semua telah terbujur kaku di bawah timbunan batu atau dihanyut air lalu. Tapi (bersama kita) kitab Allah. Keajaibannya tidak akan usang. Ambillah bekalan cahaya darinya untuk kegunaan hari kegelapan (kiamat). Sinarilah kehidupan kamu semua dengan sinar keterangannya’

`Sesungguhnya Allah swt telah memuji Nabi Zakaria a.s. dan ahli keluarga Baginda, menerusi firmanNya (bermaksud) : `Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut, dan mereka pula sentiasa khusyu’ (dan taat) kepada Kami’ (Al-Anbiya : 90)’

`Tidak ada gunanya perkataan yang diungkapkan bukan untuk meraih keredhaan Allah, harta yang tidak dibelanjakan fi sabilillah. Tidak berguna orang yang kejahilannya mengatasi sifat sabarnya, takut kepada celaan orang yang mencela di jalan Allah. Tidak ada kebaikan kepada orang yang takut celaan orang untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah’


Suriaterang

Berani kerana benar!

Contoh ikutan yang baik vs Contoh ikutan yang buruk

Contoh ikutan yang baik vs Contoh ikutan yang buruk

Surah Al-Hasyr, ayat 12 yang bermaksud : `Setiap orang hendaklah melihat (dan memikirkan) apa yang ia sediakan untuk hari esok (hari akhirat)’


Baginda Rasulullah saw bersabda :

`Sesiapa yang mengajukan contoh ikutan yang baik di dalam Islam, ia akan memperolehi pahalanya dan pahala orang-orang lain selepasnya yang mengamalkannya, tanpa dikurangi pahala tersebut sedikitpun. Sesiapa yang mengajukan contoh ikutan yang buruk di dalam Islam, ia akan mendapat dosanya dan dosa orang lain yang mengamalkannya tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun’

Suriaterang

Ya Allah! Bantulah kami dalam beramal di jalanMu. Jadikanlah kami contoh ikutan yang baik. Jauhilah kami daripada menjadi contoh ikutan yang buruk. Ameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails