Islamnya Pembunuh Hamzah bin Abdul Muttalib
- dipetik daripada buku cerita2 motivasi jiwa – Dr Shukri Ahmad & Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah
Tabarani meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, Rasulullah pernah menghantar seorang utusan kepada Wahsyi bin Harb bagi mengajaknya memeluk Islam. Wahsyi adalah bekas hamba kepada Hindun, isteri Abu Sufyan. Wahsyi inilah yang membaling tombak kepada ayah saudara Nabi, Hamzah bin Abdul Muttalib sehingga mati pada Perang Uhud. Manakala Hindun inilah yang memakan hati Hamzah. Atas jemputan itu, Wahsyi datang menemui Nabi. Lalu Nabi mengajak memeluk Islam.
Jawab Wahsyi, `Wahai Muhammad, bagaimana pula engkau menyeru aku supaya memeluk agamamu, sedangkan engkau selalu berkata, barang siapa yang membunuh, syirik, berzina, maka dia layak dimasukkan ke neraka, digandakan kepadanya azab sengsara di akhirat, bahkan dia kekal dalam neraka. Sedangkan semua itu aku lakukan. Apakah ada kekecualian bagi diriku?’
Kemudian turunlah ayat 70 dalam surah al-Furqan yang bermaksud : `Melainkan orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka Allah tukarkan kekejian mereka dengan kebajikan dan Allah itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’
Wahsyi berkata pula, `Wahai Muhammad, syarat itu sangat ketat bagi orang seperti aku, yakni syarat `melainkan orang yang bertaubat dan beramal soleh’. Rasa-rasanya aku tidak mampu melakukan semua itu’
Maka turun ayat 48 dalam surah an-Nisa yang bermaksud : `Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan orang yang melakukan dosa syirik dan Dia mengampunkan selain daripada itu, bagi sesiapa yang dikehendakinya’
Kemudian Wahsyi berkata, `Wahai Muhammad, aku rasa syarat ini pun aku tidak mampu, sebabnya aku pun tidak pasti sama ada Allah mengampunkan aku. Tidak adakah ayat yang lain?’
Maka turunlah ayat 53 dalam surah Al-Zumar yang bermaksud : `Wahai hamba-Ku yang mensia-siakan diri mereka, janganlah kamu semua berputus harap dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang’
Mendengar itu, Wahsyi memeluk Islam dan beliau ialah pejuang yang hebat sehingga terbunuh di medan perang.
Kisah Wahsyi adalah puluhan cerita kemaafan dan sifat baik Rasulullah saw. Dia pernah menjadi musuh paling ketat baginda. Bahkan Rasulullah saw kehilangan bapa saudara yang dikasihi angkara mereka. Namun, sifat tidak membalas dendam baginda menyebabkan musuh yang paling ganas bertukar menjadi sahabat yang paling kuat berjuang
Pages
Untaian Hikmah
Kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya’
Monday, November 19, 2007
3 cara mengawal emosi
3 cara mengawal emosi
Seorang ulama tasawuf, Yahya bin Mu’az al-Razi telah memberi panduan berkenaan cara mengawal emosi.
Beliau berkata hendaklah kita menjaga 3 perkara yang menjadi habuan orang mukmin iaitu :
1. Apabila kita tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jangan pula menyusahkan dia
2. Apabila kita tidak sudi menyukakan hatinya, jangan pula kita menyebabkan dia berdukacita
3. Apabila kita tidak mahu memuji dia, jangan kita cela dia

Mengapa perlu berkahwin?
Mengapa perlu berkahwin?
1. Memelihara keturunan manusia
- perkahwinan merupakan satu jalan untuk membiakkan keturunan manusia
- factor asas dalam penerusan dan pengekalan keturunan manusia di bumi
An-Nisa : 1
4:1 "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا (4:1)
An-Nahl : 72
16:72 "Allah menjadikan bagi kamu istri-istri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari istri-istri kamu itu, anak anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah?"""
وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ (16:72)
2. Menjaga nasab (keturunan)
- melalui perkahwinan, anak-anak akan berbangga dengan nasab mereka kepada bapa-bapa mereka
- nasab mengandungi pengakuan diri mereka, kemuliaan mereka sebagai manusia dan kebahagiaan jiwa mereka
- tanpa perkahwinan, hilang kehormatan nasab dan keturunan
3. Menyelamatkan masyarakat daripada keruntuhan moral
- kecenderungan semulajadi terhadap jenis yang berlawanan dapat disalur melalui perkahwinan yang sah dan hubungan yang halal
Seruan Rasulullah saw kepada pemuda agar berkahwin melalui sabdanya :
`Wahai sekalian pemuda, siapa di antara kamu yang berkemampuan, hendaklah berkahwin, kerana perkahwinan itu akan menundukkan pandangan mata serta lebih dapat menjaga kemaluan…’
(HR Bukhari, Muslim dan lain-lain)
4. Kerjasama suami isteri dalam membentuk keluarga dan mendidik anak-anak
- terbina kerjasama antara suami isteri dalam membentuk keluarga, mendidik anak-anak dan menanggung bebanan kehidupan
- saling berganding bahu dalam melaksanakan tugas dan kerja
- wanita akan melaksanakan kerja-kerja yang bersesuaian dengan bidang tugasnya serta bertepatan dengan tabiat kewanitaannya
- lelaki akan menjalankan kerja-kerja yang sesuai dengan bidang tugasnya serta bertepatan dengan tabiat semulajadi kelelakian
- terbina rumahtangga sebuah rumahtangga yang penuh dengan nikmat, mawaddah dan rahmah dibawah naungan hak-hak yang telah ditetapkan Islam
5. Menyelamatkan masyarakat daripada berbagai penyakit
- melalui perkahwinan manusia terselamat daripada penyakit berbahaya seperti sifilis (penyakit kelamin), gonorea (penyakit kencing nanah), penyakit Aids (kurang daya tahan penyakit) dan penyakit-penyakit lain yang merbahaya hasil daripada perbuatan keji dan penzinaan
- penyakit tersebut juga akan menyebabkan kemandulan, kelemahan tubuh badan, mencacatkan nasab dan menyebarkan wabak yang merbahaya
6. Ketenangan rohani dan jiwa
- dengan perkahwinan, ikatan mawaddah dan rahmah (cinta dan kasih sayang) antara suami isteri akan bertambah
- masing-masing akan menikmati perasaan yang tenang,merasai dan menimati ketenangan jiwa, kedamaian hati dan kegembiraan pada detik-detik pertemuan yang berlaku, kelembutan serta mendapatkan kebahagiaan di bawah naungan satu sama lain
- masing-masing akan akan menyambut setiap hari yang baru selepas pertemuan itu dengan penuh semangat, penuh keazaman, kesungguhan dan kegembiraan untuk melaksanakan tugas-tugas di bidang-bidang masing-masing
- situasi ini akan memperkuatkan lagi rasa tanggungjawab, memberikan dorongan dan semangat untuk melaksanakan tugas atau kerja-kerja, seterusnya mewujudkan kebahagiaan rumahtangga, keluarga dan anak-anak
Ar-Rum : 21
30:21 Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (30:21)
7. Membangkitkan rasa keibuan dan kebapaan
- melalui perkahwinan akan terpancar rasa kasih sayang dari kedua ibu bapa terhadap anak-anak mereka
- perasaan kasih sayang akan tumbuh dan berkembang subur pada diri kedua ibu bapa itu
- perasaan-perasaan kejiwaan itu memberi pengaruh besar dan kesan yang amat baik sekali dalam pengasuhan dan pendidikan anak-anak
- segala kemaslahatan anak-anak juga akan sentiasa diberikan semangat dan dorongan untuk menjalani kehidupan utama serta menampakkan satu kecemerlangan dan kebahagiaan dalam hidup mereka
An-Nisa : 3
4:3 Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ (4:3)
Diringkaskan daripada buku `Halangan-halangan perkahwinan’ tulisan Abdullah Nasih `Ulwan

Subscribe to:
Posts (Atom)