
Assalamualaikum buat semua pengunjung Syariah Paksi Keadilan,
Ramadhan meninggalkan kita
Moga segala amal kita diterima Allah swt
dan Tarbiyah Ramadhan
hasilnya dapat dijelmakan
melalui amalan-amalan
Agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini... tiada alasan yang dapat diungkapkan, hanya semuanya kerana kelemahan diri sendiri. Terbayang jika di Mahkamah Yang Maha Esa, apakah agaknya kata-kata yang boleh membela diri ini. Maaf dipinta jika kunjungan daripada sahabat-sahabat semua meninggalkan kesal atau kesulitan kerana info yang tidak dikemaskinikan.
Buat makluman juga, insya-Allah, saya akan menggunakan blog yang baru untuk memasukkan info syariah untuk rujukan berserta perkongsian kes-kes mahkamah.
Doakan saya agar dimudahkan Allah swt dan diberikan kelapangan masa untuk terus menulis.